Jodoh Atau Cinta - Bab 12
Bab 12
IMAN bersantai di halaman rumah bersama Datin Hajar dan Dato’ Arif. Dia dan Arrisya sibuk bermain dengan si montel Jehan. Usia Jehan akan genap empat tahun esok dan esok juga genaplah empat tahun usia pernikahan dia dengan Danish. Namun sudah empat tahun juga dia tidak bertemu Danish. Kali terakhir dia bertemu lelaki itu ketika Danish meninggalkannya keseorangan di London.
"Ehan nak tu mak cu." Jehan meminta kuih yang ada di atas meja. Jehan ini memang semangat kalau bab makan. Tengoklah badan dia. Tambahan pula dia dimanjakan oleh atuk dan neneknya. Maklumlah cucu seorang.
"Mari mak cu suapkan." Iman mencubit sedikit kuih itu lalu disuapkan ke mulut Jehan. Jehan membukakan mulut comelnya. Apabila Iman menyuap kuih ke dalam mulut Jehan, anak saudaranya itu dengan pantas menggigit jari Iman. Iman sedikit terkejut.
"Jehan gigit mak su eh? Nak kena dia ni. Mak su gigit dia balik," acah Iman. Jehan yang mendengar ugutan itu mencicit lari. Iman pura-pura mengejar Jehan. Gelagat mereka itu membuatkan semua yang ada di situ tergelak.
"Meriah rumah kalau ada Jehan. Kalau dia ada kawan mesti lagi meriah. Bilalah kita nak menimang cucu lagi ya, bang?"
Soalan Datin Hajar itu membuat Iman berhenti mengejar Jehan. Serta-merta tubuhnya berdiri tegak. Soalan itu bagaikan ditujukan padanya.
"Hmmm... entahlah Hajar. Kalau sorang kat sana sorang kat sini, mana nak jadinya. Danish pun satu. Dah tak reti-reti nak balik. Kerja kat sana buat apa," omel Dato’ Arif. Rupa-rupanya kedua-dua mentuanya itu rindukan Danish. Iman terpaku sebentar.
"Entahlah, bang. Tak ingat ke dia pada kita? Danish ada telefon kamu, Iman?" tanya Datin Hajar yang sudah beralih pandangan padanya. Iman langsung tidak bersedia dengan pertanyaan itu, tidak tahu hendak menjawab apa. Sungguh Iman tidak pernah berfikir tentang itu.
"Mama rindukan Danish ke?" Iman hanya tersenyum. Membalas pertanyaan itu dengan soalan. Dia belum mampu memikirkan alasan yang kukuh untuk Datin Hajar.
"Dia tak telefon kamu ya, Iman? Anak bertuah. Isteri sendiri pun tak ditanya khabar. Apalah nak jadi dengan Danish ni. Kita ni pun jarang sekali nak hantar berita. Tapi tak kisahlah. Ini isteri sendiri pun tak telefon. Melampau sungguh," bebel Datin Hajar.
Sungguh dia boleh meneka daripada gerak-geri Iman. Pasti Danish tidak menghubungi Iman. Dia kesal. Danish sanggup memperlakuan Iman sedekian rupa. Patutlah Iman tidak pernah menyebut nama Danish kerana anaknya itu langsung tidak berusaha untuk berbaik-baik dengan Iman.
"Dia sibuk agaknya, mama. Dia telefon rumah pun dah cukup." Iman cuba melegakan hati Datin Hajar.
Iman tidak pernah kisah Danish pulang atau tidak. Iman tidak pernah ambil peduli. Dia bahagia dengan kehidupannya sekarang. Cukuplah hanya ada mentua yang melayannya seperti anak sendiri. Serta Arrisya dan Jehan yang sentiasa menghiasi dunianya. Gelak tawa Jehan bisa menceriakannya. Dia tidak ingin membiarkan Danish menyakitinya lagi. Malah dia tidak mahu Danish punya kesempatan untuk itu sama sekali. Iman sekarang berada di zon selesa hingga dia lupa akan kehadiran suami. Sebenarnya yang masih mengharapkan kepulangan Danish adalah Datin Hajar. Masakan seorang ibu boleh melupakan anaknya.
Iman sedar Danish tidak akan kembali selagi dia masih ada di rumah agam ini. Danish tidak mahu berjumpa dengannya. Pilihannya sekarang hanya satu sama ada dia yang mengundurkan diri dari rumah ini dan Danish akan pulang. Atau Iman terus berada di bawah payung kasih sayang keluarga ini dan membiarkan mentuanya terus merindui Danish. Sanggupkah dia membiarkan Dato’ Arif dan Datin Hajar bersedih. Iman tahu dia hanya menantu. Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan Danish yang mempunyai pertalian yang kukuh dengan keluarga mentuanya. Sebenarnya dia bukan sesiapa pada mereka semua. Dia hanyalah Iman yang tidak punya apa-apa keistimewaan.
"BETUL ke Iman nak ke London lepas ni? Nak buat apa kat sana? Jumpa Danish? Nak pujuk dia?" duga Arrisya. Dia bagai dapat membaca niat Arrisya ke London. Dia terkejut ketika Iman menyuarakan hasrat hendak ke London hujung minggu ini. Dek kerana terkejut juga Arrisya sanggup meninggalkan kerjanya dan mengekori Iman ke bilik.
"Betullah, Kak Arrisya. Hujung minggu ni Iman pergi." Iman menjawab dengan bersahaja. Apa urusannya di sana? Biarlah hanya dia yang tahu. Iman pura-pura sibuk memilih baju untuk dipakai ke pejabat esok. Kehadiran Arrisya yang duduk berteleku di atas katilnya tidak dipedulikan sama sekali.
"Iman tak jawab lagi soalan akak. Kenapa Iman nak ke sana? Iman nak pujuk Danish, kan?" gesa Arrisya lagi. Dia hendak tahu sangat, atas urusan apa Iman hendak ke sana.
"Kami perlu bersemuka, akak. Takkan selamanya kami nak macam ni? Akak nampakkan, mama dan papa rindukan dia." Iman mengiyakan pertanyaan Arrisya itu. Namun nama Danish tidak keluar dari bibirnya. Hanya panggilan ‘dia’ diberikan.
"Iman nak buat apa?"
Soalan itu hanya dibalas dengan senyuman. Sejujurnya Iman sendiri tidak tahu apa yang akan dilakukan di sana nanti. Untuk berhadapan dengan lelaki itu Iman tidak tahu bagaimana? Haruskah dia memperkenalkan diri? Memperkenalkan diri sebagai apa?

0 comments:
Post a Comment