Jodoh Atau Cinta - Bab 3
BAB 3
JEHAN DANIAL... bayi yang dilahirkan pada hari pernikahannya. Sekali lagi Iman memerhatikan wajah merah Jehan di screen laptopnya. Sayang dia hanya sempat beberapa jam bersama ahli baru itu sebelum bergegas ke airport mengambil penerbangan ke London, kemudian dia akan ke Liverpool untuk menyambung pelajarannya.
Sekilas Iman menoleh ke arah Danish yang duduk di sebelahnya. Dia tidak menyangka akan bersama dengan Danish di dalam penerbangan ini.
Baru tadi dia tahu Danish merupakan penuntut tahun akhir di London University. Danish kembali ke Malaysia hanya kerana pernikahan mereka. Dia juga bersimpati pada Danish. Rupa-rupanya Danish juga menjadi mangsa percaturan keluarga sepertinya juga. Rasa bersalah pula atas kata-kata yang diluahkannya sebelum ini. Jadi, dia tidak menyalahkan Danish atas segala keterlanjurannya tadi.
Iman tahu kini, segala-galannya hanyalah satu salah faham. Hendak minta maaf, rasa takut pula. Dah dua jam lebih mereka duduk di dalam kapal terbang ini. Namun sepatah kata pun haram keluar dari mulut Danish. Lelaki tu membuat Iman ni seolah-olah orang halimunan aje.
Kesejukan di dalam kapal terbang membuat Iman terasa ingin ke tandas. Perlahan-lahan dia bangkit meninggalkan Danish yang sedari tadi mendengar MP4 di telinganya. Tanpa pamitan, dia berlalu pergi. Dia tak ingin menganggu lelaki itu. Entah kenapa, sejak keluar dari bilik tadi, Danish langsung tidak ingin berbicara dengannya. Setiap katanya tidak dilayan, setiap pertanyaannya dijawab kasar. Macam manalah dia hendak berbaik dengan Danish kalau macam ni.
Danish melihat dari ekor matanya, tatkala Iman bangun dari tempat duduknya. Dia kembali mengeluarkan semula diari berkulit tebal itu. Buku yang secara senyap diambil dari dalam beg baju Iman pagi tadi.
Danish menyambung kembali bacaannya. Menyelami kembali dunia gadis itu. Sedikit demi sedikit dia mengakui kata-kata Iman, yang hidupnya memang terikat pada keluarga Danish. Iman rasa terhutang budi pada datuknya. Dari cerita Iman, dari kisah Iman, Danish dapat merasakan yang Iman sentiasa meletakkan kebahagiaan Tuan Haji Aman lebih daripada kebahagiaannya sendiri. Iman ingin menjadi seorang guru, tetapi terpaksa tunduk pada permintaan Tuan Haji Aman untuk mengambil jurusan perniagaan. Iman tidak mahu bernikah kala usia muda, namun terpaksa menurut kehendak datuknya yang memujuk. Danish tidak mampu untuk bayangkan dunia Iman itu bagaimana?
Namun sesekali terbakar juga hatinya apabila setiap coretan di dalamnya terselit nama-nama yang menggetarkan hati lelakinya. Pada dasarnya kini barulah dia tersedar yang dia mengahwini kekasih orang. Kejamnya datuk kerana memaksa gadis itu mengahwininya hanya kerana datuk tidak ingin gadis itu terpisah jauh dari keluarganya. Walau datuk tahu Iman sudah menjalin ikatan dengan pemuda lain. Pemuda yang cukup dipujanya. Pemuda yang sudah menghantar wakil untuk melamarnya. Sekali lagi tinta itu dibaca.
Maafkan iman, abang. Iman tak berdaya. Hidup ini milik mereka. Bukan Iman mahukan semua ini. Harta berjuta tak mungkin boleh membeli hati Iman, tetapi budi yang dihulur itu tak mungkin Iman lupakan. Iman doakan abang bahagia dan sentiasa berjaya....
Siapa lelaki ini? Hati Danish tertanya-tanya. Rasa cemburu yang hadir, tak juga mampu diusir. Dia akui, lelaki itu bertuah mendapat gadis setulus Iman. Iman yang dilihat terlalu naif itu mempunyai hati yang tulus ikhlas di matanya.
Tiba-tiba dia terbayangkan wajah doktor muda yang nampak kekok berbual dengan Iman di hospital tempoh hari. Namun tatkala melihat renungan sayu doktor itu pada jari-jemari Iman yang indah berinai, hati Danish terdetik sesuatu. Benarlah... dia telah berkahwin dengan kekasih orang.
"ADIK tak apa-apa?"
Suara Iman membuat Danish menoleh. Kelihatan Iman melutut memujuk seorang kanak-kanak perempuan. Danish tersenyum. Sejuk hatinya melihat sifat keibuan Iman. Dia sedar Iman memang gemarkan kanak-kanak. Iman kelihatan tidak kekok mendukung Jehan yang baru lahir beberapa jam. Malah Iman kelihatan berseri mendukung bayi yang kecil itu. Alangkah untungnya anak mereka nanti mendapat ibu sebaik Iman. Anak mereka? Hatinya tersentap! Kenapa pula anak mereka? Mereka tidak mungkin bersama. Egonya mematahkan lagi angan-angan itu.
Danish menggeleng-gelengkan kepala. Dia perlu hapuskan angan-angan yang sia-sia itu. Antara dia dan Iman adalah sesuatu yang mustahil terjadi. Iman bukan cita rasanya dan tidak mungkin menjadi cita rasanya. Dia perlukan seorang perempuan yang cukup gah untuk dijadikan pendamping buat kerjayanya nanti.
Menyedari Iman akan kembali ke tempat duduknya sebentar lagi, Danish cepat-cepat menyumbat buku di tangannya ke dalam beg. Kemudian berlagak senyap tidak berperasaan.
Iman kembali ke tempatnya. Dia melemparkan senyuman ikhlas pada Danish, namun senyuman ikhlasnya dipandang sepi tidak berbalas. Iman sedikit pun tidak terasa. Baginya, dia tak larat melayan kerenah prejudis orang kaya. Lantak Danishlah hendak buat apa pun. Dia malas untuk ambil tahu.
"DANISH!"
Sebaik keluar dari balai ketibaan, terdengar nama Danish dilaung seseorang. Saat itu kelihatan seorang gadis berjalan menuju ke arah mereka. Tanpa malu dan segan, gadis itu terus memeluk Danish.
"Oh... you must be Iman. I Maya, kekasih Danish. Walau you dah kahwin dengan Danish, tapi jangan harap Danish akan jadi milik perempuan perampas macam you. Tengoklah you ni? Memang tak layak buat Danish. Kan sayang?"
Danish hanya senyap melihat kelincahan kekasihnya itu. Dia hanya berdiam diri saat maruah isterinya direndah-rendahkan. Memang jelas Danish lebih mengutamakan Maya berbanding isterinya. Yalah... kekasih pujaan hati, bukan macam Iman, isteri bukan pilihan.
"Jom Maya, kita balik." Tanpa pamitan Danish menarik Maya lalu berlalu pergi. Meninggalkan Iman sendirian di tempat asing itu. Sampai hati Danish... tidak adakah rasa tanggungjawab itu dalam dirinya? Iman terkedu seketika. Dia akur kini... dia perlu mencaturkan hidupnya bersendirian di bumi asing ini.
Sakitnya hati... Iman tak mampu meluahkan rasa di hati. Sudahlah berjam-jam di dalam kapal terbang, Danish langsung tak nak bercakap dengannya. Lepas tu sekarang senang-senang pergi dengan perempuan lain. Tinggalkan dia seorang diri di tempat asing. Tak berhati perut langsung. Kalau suami lain berusaha mencari jalan menyembunyikan kecurangan, Danish pula selamba aje buat onar depan isterinya. Memang berani mati betullah lelaki ni. Dia ingat aku ni siapa? Alah, tak hairanlah. Ingat aku hadap sangat ke dengan dia!
Iman pantas mengeluarkan buku kecil dari beg galasnya. Dia menghampiri telefon awam yang tersedia di situ.
DARI kejauhan Danish memerhati Iman menolak troli. Entah apa merasuknya tadi, sehingga sanggup meninggalkan gadis itu sendirian di negara asing ini. Mungkin kerana egonya. Kini dari balik tiang, dia memerhati wajah Iman yang kelihatan mencuka itu. Dia bukan seorang lelaki yang tiada hati perut. Masakan dia sanggup meninggalkan gadis mentah itu sendirian di bumi asing ini.
"You tunggu apa lagi ni?" rengek Maya pada Danish. Pelukan pada lengan Danish dieratkan. Tadi dia rasa gembira saat Danish mengajaknya pergi tanpa langsung mempedulikan Iman. Namun apabila Danish menariknya berhenti di balik tiang ini, rasa gembiranya sedikit terusik.
"Kalau you nak balik, you baliklah dulu. I boleh balik sendiri nanti." Tanpa menjawab persoalan itu, Danish memberi keputusan. Matanya tidak lari daripada melihat Iman. Terasa sedikit kesian apabila melihat gadis itu terkial-kial menyorong troli bagasi besar itu bersendirian.
"You ni kenapa? Nak tunggu budak tu ke? You risaukan dia?" Maya rasa tergugat. Melihat mata Danish tak beralih pun daripada melihat Iman, menambahkan rasa cuaknya. Danish benar-benar risaukan Iman. Cinta Danish beralih arah ke? Benar ke? Takkan semudah dan secepat itu. Baru seminggu mereka berpisah.
"You senyap boleh tak? Dia tu budak lagi. Baru pula kat sini. Apa-apa jadi kat dia, tanggungjawab I tau. Kalau you nak balik, balik ajelah." Keras suara Danish memberi kata dua. Rimas dengan Maya yang asyik merengek itu. Hai... bila masa pula Danish pandai terasa rimas ni? Bukan ke selama ini Maya itu yang Danish angkat sebagai seorang gadis yang paling sesuai buatnya?
Maya sedikit tersinggung. Dia dapat rasakan, jika dia tidak benar-benar pelihara hubungan ini, hubungannya dengan Danish boleh putus bila-bila masa saja. Sekarang dia sudah ada pesaing di dalam merebut kasih Danish dan pesaingnya itu ada kelebihan yang tiada padanya. Iman adalah isteri Danish. Isteri yang sah. Sedangkan dia? Dia bukan siapa-siapa pada lelaki itu. Dia hanya kekasih yang bila-bila masa saja boleh ditinggalkan.
Danish memerhati Iman yang sedang menelefon seseorang. Telefon siapa pula tu? Agaknya dia menelefon atuk di Malaysia. Alamak! Baru Danish teringat, Iman tak ada nombor telefon dia di sini. Danish juga terlupa hendak membeli telefon bimbit untuk Iman di sini. Ya Allah bertambah rasa bersalah Danish dibuatnya.
FARHAN meninjau sambil melilau matanya memerhati keadaan sekeliling. Apa yang pasti, dia mencari seseorang. Seseorang yang amat dirinduinya. Seseorang yang amat dikasihinya. Seseorang yang mampu membuatkannya gembira hanya dengan satu panggilan telefon saja.
"Abang Farhan!"
Mendengar namanya disebut, Farhan berpaling. Kelihatan gadis yang ditunggunya. Iman. Adik tersayang. Adik yang terpaksa berpisah dengannya kerana perceraian ibu bapa mereka. Walau jauh beribu batu jarak memisahkan mereka, namun talian persaudaraan itu tetap utuh. Terima kasih pada pencipta telefon dan emel. Itulah medium mereka untuk merapatkan jarak dan ruang.
"Iman!"
Farhan pantas menghampiri Iman lalu memeluk gadis itu. Dia terlalu rindukan Iman, satu-satunya saudara kandungnya. Selepas kematian ibu mereka, Farhan mengikut Auntie Sue, kawan baik ibu ke negara asing ini. Di sini dia bersekolah dan di sini jugalah dia menuntut. Bukan tak teringin balik menjenguk adiknya cuma keadaan tak mengizinkan.
"Apalah abang ni. Malukan adik aje." Iman menumbuk lembut bahu abangya. Dua jam dia menunggu Farhan tadi. Namun penat menunggu itu hilang hanya melihat wajah gembira abangnya.
Ada sesuatu pada jari-jemari Iman yang menarik perhatiannya. Tangan Iman yang ingin menumbuknya tadi pantas ditangkap. Jari yang berinai dan tersarung cincin itu ditenung lembut. Benarlah kini adiknya sudah jadi milik orang. Ingatkan e-mel seminggu yang lepas hanya satu gurauan. Menyesal pula rasanya kerana tidak mempercayai adiknya itu. Dia terlalu ambil ringan sehingga terlepas untuk sama-sama meraikan hari bahagia adiknya itu.
"Adik betul-betul dah kahwin ya? Abang ingatkan adik main-main aja." Syahdu suara Farhan kedengaran.
Iman tahu abangnya ralat kerana tidak dapat menghadiri majlis pernikahannya. Bukan salah abang pun. Jauh di sudut hatinya, dia bersyukur kerana Farhan tidak balik pada hari pernikahannya. Bukannya dia tak suka, tetapi kalau abangnya ada, bimbang kecoh jadinya. Mahu jadi WWF majlis pernikahannya. Bukan dia tak tahu abang bukannya boleh bertemu muka dengan papa.
"Itulah abang. Susah sangat nak percaya cakap adik sendiri. Sekarang ada percayakah?" tanya Iman dalam nada lucu. Seboleh mungkin dia tak mahu abangnya tahu kisah di sebalik perkahwinannya. Biarlah di mata abangnya dia sedang berbahagia dengan pilihan hati yang dicintainya walaupun sebenarnya tidak.
"He he he... jom dik. Mama Sue dah tunggu. Nanti adik kena cerita segala-galanya tentang perkahwinan adik. Siapalah lelaki malang yang dapat adik abang yang manja dan selekeh ni," usik Farhan. Troli yang tadi di tangan Iman, kini beralih tangan.
Dalam hati, Iman bersorak gembira. Mulai hari ni, dia bebas! Bebas sebebasnya. Bebas daripada cengkaman sesiapa saja. Jauh dari pandangan orang-orang yang sering mengongkong hidupnya. Ha ha ha… terima kasih Danish atas syarat awak yang ketiga. Padan muka! Silap orang la awak nak buli. Saya lagi suka sebenarnya syarat-syarat awak tu!
DANISH tanpa sedar menumbuk dinding di hadapannya. Biarlah sakit, tetapi tidak sesakit hatinya saat ini. Dua jam dia menunggu Iman, ingin memastikan keselamatan Iman. Setiap gerak-geri gadis itu diawasi. Hampir sahaja dia merapati gadis itu semula kerana menyangka Iman hilang arah tuju. Menunggu selama dua jam itu cukup mencabar imannya. Sehingga egonya tewas dan ingin mendapatkan gadis itu.
Baru sahaja Danish ingin melangkah menghulurkan bantuan. Dia melihat seorang lelaki menuju ke arah isterinya. Kemudian lelaki itu memeluk isterinya itu. Mereka kelihatan mesra sekali. Melihat cara kedua-duanya bergurau, Danish percaya mereka memang sudah kenal lama. Malah Danish percaya hubungan mereka semestinya lebih daripada seorang kawan. Siapa lelaki itu? Itu persoalannya sekarang.
"Huh! Tak sangka, perempuan macam dia tu ada peminat juga. Boleh tahan hensem. Tapi kalau atuk you tau...tentu sakit jantung orang tua tu. Yalah... menantu pilihan dia. Nampak aje baik, tapi rupa-rupanya curang!"
Kata-kata Maya menusuk hati Danish. Curang? Sesuai ke perkataan itu sedangkan kalau nak diikutkan, mereka bukannya ada apa-apa pun. Ikatan yang Danish sendiri tidak akui, malah Danish awal-awal lagi sudah memberi hak kebebasan itu pada Iman.
"Jom kita balik." Danish mengajak Maya pulang. Dia tak mahu terus berada di situ. Dia tak sanggup! Semakin lama dia di situ, semakin serabut otaknya. Semakin lama dia dekat dengan Iman, semakin berbelah bahagi hatinya.

0 comments:
Post a Comment