Jodoh Atau Cinta - Bab 9
Bab 9
IMAN menunggu Pak Mat mengambilnya di hadapan Wisma Mega. Pagi tadi dia memandu sendiri tetapi kini terpaksa meminta Pak Mat mengambilnya kerana dia begitu letih sekali.
Iman mengerling jam di pergelangan tangannya. Pukul lapan malam. Hari ini buat pertama kalinya dia balik seawal ini. Selalunya apabila jarum jam sudah menunjukkan pukul sepuluh atau sebelas malam, baru dia melihat dunia luar. Tetapi hari ini dia mengalah. Walaupun perasaan bersalahnya bertandang tatkala melihat para pekerjanya masih tekun menyiapkan tugas yang entah bila akan surut.
Minggu ini adalah minggu paling mencabar buat Iman. Kerjanya bertambah banyak apabila ada masalah pada beberapa projek pembinaan yang diusahakan. Belum habis satu, satu lagi masalah datang. Iman bukan hendak menuduh, tetapi dia dapat merasakan ini semua angkara khianat. Mustahil masalah sebegini timbul serentak di beberapa tempat yang berbeza. Peliknya, projek-projek itu adalah projek mega syarikat. Masalah bahan yang terputus bekalan, dengan harga yang naik berlipat kali ganda, pekerja asing yang enggan memperbaharui permit dengan alasan gaji yang diberikan tidak setanding dengan tenaga yang dicurahkan dan yang paling memeningkan, apabila bangunan yang separuh siap tiba-tiba runtuh sewaktu kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan. Nasib baiklah tiada kemalangan jiwa berlaku, kalau tidak... harus dia tidur dalam pejabat.
Tuntutan beban kerja membuatkan seleranya lari. Makan pun sekadar untuk mengalas perut.
Badannya terasa sedikit ringan daripada biasa. Boleh juga dia mengurangkan berat badan. Hanya satu merisaukan dirinya. Dia kini kerap pedih di bahagian ulu hati. Tekaknya pun sering loya-loya. Lagi parah kalau kepalanya mula pening. Satu kerja pun tidak boleh dilaksanakan dengan baik.
Iman bercadang ingin berjumpa doktor, namun masa belum mengizinkan.
Iman bersandar pada dinding wisma. Dia merenung ke hadapan. Badannya terasa terlalu penat bagaikan seluruh tenaganya telah lenyap. Hendak berdiri tegak pun dia tidak mampu.
Iman memejam matanya seketika. Cuba mencari sisa-sisa tenaga yang tinggal sambil berhajat untuk melepaskan lelah. Apabila Iman membuka kelopak matanya kembali, dunia seakan berpusing ligat. Pandangannya mula kabur.
Beg di tangannya tiba-tiba terlepas. Badannya lemah longlai. Dia mula hilang imbangan. Tubuhnya terasa bagai daun yang gugur. Ringan melayang. Saat Iman sudah bersedia untuk menahan sakit terhempas ke lantai, tubuhnya terasa disambut seseorang. Dari pandangan yang kabur dan otak yang separa berfungsi itu, matanya bagai merakam wajah Danish yang menyambutnya.
"IMAN!" Danish menyeru nama Iman yang terkulai di dalam dakapannya. Nasib baik dia sempat meluru menyambut tubuh Iman yang tiba-tiba hilang imbangan itu.
Tadi hatinya terdetik untuk menjenguk Iman. Satu-satunya tempat untuk dia menjenguk Iman adalah di sini, di Wisma Mega. Di sini dia boleh melihat Iman pergi dan pulang dari pejabat. Tidak disangka pula kali dia terpaksa bertemu dengan Iman dalam keadaan begini. Tidak disangka Iman akan rebah di hadapannya. Apakah yang terjadi pada Iman sebenarnya?
"Iman. Iman... tolonglah sedar. Jangan nak takutkan I." Danish menepuk-nepuk pipi Iman untuk menyedarkan Iman. Dia buntu. Dia sangat takut. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada Iman.
"Encik Danish? Iman?" suara Pak Mat yang sedikit terkejut membuatkan Danish mendongak.
"Pak Mat, cepat Pak Mat. Tolong bawa Iman ke hospital. Dia pengsan ni...." Danish sudah mencempung tubuh Iman yang longlai. Pak Mat yang pada mulanya terpaku melihat kemunculan Danish yang tiba-tiba mula mengutip barang Iman yang terjatuh di atas jalan.
"Apa dah jadi ni, Encik Danish?" tanya Pak Mat sambil membuntuti Danish ke kereta yang diparkir di hadapan pintu utama itu. Wajahnya turut cemas.
"Iman pengsan. Nasib baik saya ada kat situ. Kenapa Pak Mat jemput Iman lewat sangat?" Danish membaringkan Iman di tempat duduk belakang. Dia juga duduk di belakang. Kepala Iman diletakkan di atas ribanya. Wajahnya kerisauan. Resah.
"Cik Iman memandu sendiri pagi tadi. Dia baru saja telefon minta saya jemput. Katanya tak larat nak memandu. Encik Danish bila sampai? Macam mana Encik Danish boleh ada kat situ?" Pak Mat bertanya. Dia terkejut melihat kemunculan Danish yang tiba-tiba itu.
Danish yang tadinya langsung tidak terfikir yang kepulangannya sudah diketahui oleh Pak Mat, sedikit ternganga. Rahsianya bukan lagi rahsia pada Pak Mat. Danish tidak ada pilihan lain selain menceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku padanya.
Danish mengakui yang dia telah lama pulang ke Malaysia. Malah Danish mengakui memerhati keluarganya dari jauh. Danish juga meluahkan rasa takutnya untuk berhadapan dengan keluarga setelah lama menghilang. Takut penerimaan keluargannya nanti. Cuma satu yang Danish tidak ceritakan, tentang dia menyelinap masuk ke wad Dato’ Arif pada waktu malam. Danish juga merahsiakan yang dia sebenarnya turut memerhatikan Iman dari jauh. Biarlah itu menjadi rahsia dirinya.
"Tak elok encik buat macam ni. Macam mana pun mereka tetap keluarga encik. Mereka pasti akan terima encik. Dato’ dan Datin rindukan encik. Sama macam Cik Iman perlukan encik. Kesian saya tengok Cik Iman. Dia nampak penat sejak arwah Tuan Haji tak ada. Dua tiga hari ni pun dia tak berapa nak sihat. Selalu sakit perut dan muntah-muntah. Nak jumpa doktor pun tak ada masa. Kesian Cik Iman. Encik baliklah... jangan bebankan Cik Iman. Walaupun Cik Iman tak pernah cerita apa-apa, tapi kami tahu dia tunggu encik balik. Kalau tak masakan tiap-tiap hari dia bertanya pada Mak Mah ada tak encik telefon. Balik kerja aja itulah yang ditanya. Baliklah encik..." nasihat Pak Mat. Dia faham perasaan Danish, Namun dia juga kasihankan Iman. Kalau Danish balik tentu Iman tidak akan pengsan.
Danish terdiam. Benarkah Iman menanti kepulangannya? Ya Allah... dialah punca Iman jadi begini. Danish tunduk melihat wajah Iman di ribanya. Tangannya mengusap lembut pipi gadis itu. Hatinya membisikkan kata maaf. Dia yang bersalah. Bersalah pada Iman dan keluarganya.
"Encik, Pak Mat minta maaf kalau kata-kata tadi tu menyinggung perasaan encik. Sekarang kita nak bawa Cik Iman ni ke mana?" kata Pak Mat dalam nada serba salah. Perasaan bersalah semakin membuak dengan kebisuan Danish sejak tadi. Dia tahu Danish sayangkan keluarganya. Kalau tidak masakan Danish pulang dan memantau keluarganya dari jauh.
"Kita bawa Iman ke klinik terdekat, Pak Mat. Lepas tu hantarkan kami ke Taman Tiara. Saya menyewa di sana. Biar Iman berehat di rumah saya saja," putus Danish. Malam ini biarlah dia yang menjaga Iman. Tetapi sebelum itu dia perlu memastikan Iman mendapat rawatan daripada doktor dahulu.
DANISH memandang Iman yang lena terbaring di atas katilnya. Cantiknya Iman tatkala berbaring di sisinya. Wajah itu nampak seperti menahan kesakitan. Iman kepenatan dan suhu badan Iman sedikit tinggi. Itu ulasan doktor tentang Iman. Hypertension adalah penyebab utama Iman pengsan. Tadi Danish bertanya pada doktor, apa penyakit isterinya sehingga Iman sering sakit perut dan muntah-muntah. Kata doktor itu adalah simptom kemungkinan Iman menghidap gastrik.
"I’m sorry, Iman. I janji akan selesaikan semua masalah ni. I takkan bebankan you lagi." Danish berjanji pada Iman. Walaupun dia tahu saat ini Iman tidak dapat mendengar janji-janjinya.
Esok Danish akan berjumpa dengan Uncle Fuad, peguam arwah atuknya. Biarpun dia tahu rahsianya akan terbongkar pada Uncle Fuad, sepertimana yang terjadi antara dia dan Pak Mat tadi, tetapi Danish tidak peduli. Dia akan minta Uncle Fuad merahsiakan kepulangannya sepertimana dia minta Pak Mat merahsiakan semuanya.
Dia perlu berjumpa dengan Uncle Fuad kalau ingin membantu Iman. Pasti Uncle Fuad tahu apa yang telah terjadi. Lelaki sebaya dengan papanya itu pasti tahu apa yang terjadi di syarikat kerana selama ini dialah yang membantu Iman. Danish nekad akan menemui Uncle Fuad esok. Dia akan meminta Uncle Fuad menjadi orang tengah antara dia dan syarikat. Kalau dia tidak boleh menolong Iman secara terang-terangan biarlah dia membantu dari belakang.
Danish sedikit terkejut apabila Iman bergerak. Danish kaku sebentar. Dia tidak mahu Iman sedar akan kehadirannya. Namun jantungnya mula berdegup laju saat Iman berpaling ke arahnya. Iman beralih tempat dengan mata yang tertutup. Kepala Iman terletak elok di bahunya. Tangan Iman kini di atas dadanya dan sebelah kaki Iman di atas kakinya. Aura bahagia meliputi hati Danish saat ini. Dia sungguh bahagia begini. Dia berharap masa akan berlalu dengan perlahan.
IMAN terjaga lantas terkejut. Tempat ini terlalu asing baginya. Di mana dia berada? Ini bukan biliknya. Bilik yang bercat biru ini bukan biliknya. Katil yang selesa ini bukan katilnya. Dia di mana? Siapa yang membawanya ke sini? Iman mula memeriksa bajunya. Masih lengkap, hanya tudungnya sahaja sudah hilang entah ke mana.
Iman bangkit dari tempat pembaringannya tadi. Dia turun dari katil yang bercadar biru muda. Dia melihat keadaan sekeliling. Matanya terbeliak tatkala menatap ke arah jam dinding yang menunjukkan pukul satu. Sekarang satu pagi atau satu petang?
Iman melangkah ke salah satu pintu di dalam bilik itu. Pintu pertama yang dibuka adalah pintu bilik air. Iman masuk membasuh muka. Usai membasuh muka Iman bergerak ke arah satu lagi pintu. Pintu yang diyakini adalah pintu keluar. Sebaik sahaja melangkah keluar Iman terpaku. Dia kini berada di rumah orang. Rumah yang tidak terhias cantik tetapi selesa bagi Iman.
Iman berjalan di sekeliling rumah itu. Sampai di ruang tamu dia terpandang beg tangannya di atas meja. Di tepi beg tangannya ada sebuah beg kertas yang bersertakan sekeping nota.
Iman,
Rehatlah. Rumah ini milik you untuk hari ini. Rehatlah sepuasnya sebelum pulang. Makanan tengah hari ada di atas meja. I tak tahu saiz you.
Di dalam beg kertas ini ada beberapa pasang baju. Pakailah. Kalau nak sembahyang, telekung ada dalam almari. Tak perlu tunggu I. Hari ni rumah ini milik you. I tak balik. Jaga diri dan kesihatan.
Yang sentiasa melihatmu.
Iman membaca nota itu dengan senyuman. Dia membuka beg kertas di hadapannya. Ada beberapa helai T-shirt dan seluar slack. Dari saiz M hingga ke saiz XL. Memang pemberi ini tidak tahu saiznya hingga terpaksa membeli pelbagai saiz. Dia membongkar satu per satu pakaian di dalam beg kertas itu. Dia malu tatkala melihat pakaian dalam yang juga datang dalam pelbagai saiz.
Sampai ke dasar beg kertas itu ada satu bungkusan beg kertas yang lain. Iman membukanya. Sehelai tudung berwarna putih. Coraknya ringkas. Tudung itu hadiah yang paling berharga yang pernah diterimanya. Sungguh Iman berterima kasih pada tuan rumah ini.
Seharian Iman menghabiskan masa di rumah ini. Rumah ini membuatkan dia seperti berada di rumah sendiri. Dia mengemas apa yang patut. Menghabiskan masa dengan membaca majalah-majalah yang ada dan berehat. Dia teringin hendak memasak namun tidak ada satu pun bahan yang ada di dapur. Dia bahagia hari ini. Dia menjadi dirinya semula.
Iman langsung tidak berkeinginan hendak pulang seperti mula-mula dia sedar pagi tadi. Tatkala petang menjelma Iman menelefon Pak Mat supaya menjemputnya pulang. Pak Mat hanya bersetuju tanpa meminta alamat. Iman pula tidak terfikir Pak Mat hendak mengambilnya di mana.Terasa berat pula kakinya hendak melangkah pergi meninggalkan rumah ini. Namun dia perlu pulang. Kali ini Iman pulang dengan senyuman.
Sekeping nota ditinggalkan di atas meja. Nota penghargaan yang mewakili selaut terima kasihnya buat tuan rumah yang telah meminjamkan rumah ini buat seketika.

0 comments:
Post a Comment