Jodoh Atau Cinta - Bab 5
Bab 5
BEBAN yang ditanggung kini terasa terlalu berat. Semuanya terpaksa dilalui sendiri. Namun dia perlu kuat buat keluarga ini. Iman sendiri tidak tahu dari mana kekuatan itu datang. Yang pasti, setiap hari Iman perlu gagahkan diri untuk berdepan dengan segala kemungkinan. Kuatkan semangat untuk terus berdiri. Jika dia tersungkur, pasti keluarganya juga akan tersungkur. Sehinggakan untuk mengeluh pun dia tidak berani saat ini.
"Iman?" Buat pertama kalinya Datin Hajar menegur menantunya itu. Wajah kepenatan Iman mengundang rasa simpatinya. Sejak Iman pulang, tugas menjaga suaminya dipikul bersama Iman. Iman tidak teragak-agak untuk menawarkan bantuan menjaga Dato’ Arif pada waktu malam. Iman cukup mengambil berat tahap kesihatan bapa mentuanya itu.
"Datin?" kata Iman sedikit terperanjat. Dia yang sedang termenung di tepi tingkap saat itu cepat sahaja berpaling. Tubuh Datin Hajar yang berdiri di tengah ruangan bilik itu menjamah pandangannya. Wajah Iman sedikit pucat. Nampak garis-garis kepenatan. Jika penat tubuh badan tak apa, tapi kalau dah penat otak dan perasaan. Memang payah.
"Iman sihat ke?" Datin Hajar cuba mengambil berat. Bukan berpura-pura namun ikhlas dari hatinya. Tidak salah dia berbaik-baik pada gadis yang banyak membantu keluarganya.
"Sihat. Datin baru sampai ke? Dah sarapan? Mari kita duduk Datin." Iman menghampiri Datin Hajar lalu bersalaman. Iman memimpin mak mentuanya itu duduk di set sofa yang tersedia dalam wad kelas pertama itu. Tak pernah sekalipun Iman lupa untuk menghormati mak mentuanya itu. Walau dia tahu Datin Hajar tak pernah sukakan dia tapi Iman tetap menunduk pada hukum karma, yang muda perlu hormat pada yang tua.
"Mama dari rumah Iman. Mama dah sarapan pun dengan Kak Arrisya. Iman ni hah, dah sarapan ke belum? Mama tengok muka Iman pucat aja," tegur Datin Hajar prihatin.
Iman sedikit terkejut tatkala mendengar wanita di hadapannya itu membahasakan dirinya mama.
"Belum Datin. Kejap lagi saya sarapan. Datin janganlah bimbang, saya tak apa-apa." Iman terasa gugup pula untuk membahasakan Datin Hajar, mama. Takut panggilan tadi hanya terlepas dari mulut Datin Hajar.
"Panggillah mama Iman. Iman bukan orang lain. Iman menantu mama. Mama terhutang budi sangat pada Iman. Tengoklah, Iman sebagai menantu pula yang banyak bersusah payah menolong kami. Tapi darah daging kami sendiri, lari entah ke mana. Nak harapkan Arrisya, dia dah cukup menderita. Nak harapkan Danish? Entah ingat entah tidak dengan kami ni..." rintih Datin Hajar.
Inilah buat pertama kalinya wanita itu meluahkan rasa hatinya. Selama ini dia hanya mendiamkan diri sehingga menampakkan dirinya seolah-olah cukup tabah. Rupa-rupanya di hati wanita itu sarat kebimbangan. Apatah lagi sebagai seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan.
"Dahlah Dat... mama. Insya-Allah, semuanya akan selamat. Danish pasti ingat dengan mama. Agaknya dia sibuk sangat tu sampai tak sempat nak balik jengok mama. Lagipun Danishkan berada di tahun akhir sekarang. Kak Risya pun dah semakin baik sekarang." Iman berharap dapat menenangkan hati Datin Hajar. Sungguh, Iman faham resah Datin Hajar. Sebagai seorang ibu, pasti dia risaukan keadaan anak perempuannya. Semestinya juga Datin Hajar terasa hati dengan Danish. Sepatutnya Danish sebagai anak lelaki tunggal keluarga, menjadi tulang belakang mereka di saat-saat genting macam ini.
"Mama harap macam tulah Iman. Iman nak masuk pejabat ke hari ni?" tanya Datin Hajar. Itu juga salah satu masalah baru. Semalam baru Fuad, peguam Tuan Haji Aman telefon menyatakan keadaan pejabat mereka perlu dipantau sebelum terjadi apa-apa yang tidak diingini. Kata Fuad, ada ahli lembaga pengarah yang ingin ambil alih pemerintahan. Biasalah, pada saat kesusahan begini, ramai yang ingin mengambil kesempatan. Seperti kata arwah datuknya dulu, kerana duit manusia boleh jadi kawan dan kerana duit juga manusia boleh jadi lawan.
"Masuk mama. Iman balik mandi kejap, lepas tu baru pergi pejabat. Nak tengok keadaan kat sana dulu. Takut kalau-kalau apa yang Uncle Fuad beritahu tu betul.
"Hmmm... mama segan dengan kamu, Iman. Kami banyak menyusahkan kamu," kata Datin Hajar dalam nada serba salah. Kini dia sangat menghargai segala apa yang Iman lakukan untuk keluarganya. Dan Imanlah yang menjadi harapannya nanti.
"Ini tanggungjawab Iman, mama. Iman minta diri dulu. Nak balik mandi. Tengah hari nanti, insya-Allah kalau ada kesempatan, Iman datang. Mama nak pesan apa-apa tak?"
Sikap lemah lembut Iman itu mengusik hatinya. Sikap pemaaf dan menghormati orang tua menantunya itu menambat hati tuanya. Tidak mustahil rasanya kalau suatu hari nanti dia lebih sayangkan anak gadis ini lebih daripada anak kandungnya sendiri. Sekarang pun rasa sayangnya datang tanpa diundang.
"Tak perlulah Iman. Kamu baliklah. Rehat dulu. Sarapan jangan lupa. Jangan tergesa-gesa sangat nak masuk pejabat tu," nasihat Datin Hajar.
Usai Iman mencium tangannya, wanita itu mendakap tubuh Iman lalu mencium pipi menantunya itu penuh kasih sayang. Terasa tubuh Iman yang dulunya sedikit berisi, kini semakin susut. Datin Hajar membisikkan ucapan terima kasih sebelum melepaskan pelukannya.
Iman terharu. Begitu lama dia tidak merasakan pelukan daripada seorang ibu. Nikmat kasih sayang kembali dirasainya kini. Sungguh dia bersyukur. Rasanya bagai ada satu semangat baru yang wujud dalam dirinya.

0 comments:
Post a Comment