Jodoh Atau Cinta - Bab 14
Bab 14
DANISH berlari ke wad kelas satu Hospital Pantai. Kakinya terhenti di muka pintu yang sedikit terbuka. Matanya sayu melihat sekujur tubuh yang kaku. Kelihatan tangan kiri dan kepala pesakit berbalut. Sedih hati Danish. Perlahan- lahan Danish melangkah masuk. Langkahnya terhenti tepat di tepi katil. Wajah lesu Iman dipandang. Sakit hatinya melihat Iman begitu. Pedih hatinya melihat Iman terbaring tidak bermaya.
Kali terakhir dia bersama Iman ialah empat hari lalu, sehari sebelum Iman hilang dari kondonya di Kota London. Iman pergi dari kondonya dengan hanya meninggalkan memo yang dia akan pulang ke Malaysia. Sangkanya ada urusan penting yang membuatkan Iman pergi dengan tergesa-gesa. Namun akhirnya dia dikejutkan dengan berita kemalangan Iman. Seakan pecah jantungnya apabila mendapat panggilan tentang kemalangan Iman.
Semalam Danish sedang dalam mesyuarat apabila temannya yang kebetulan bekerja sebagai doktor di sini memaklumkan kepadanya tentang Iman yang ditimpa kemalangan. Tanpa menghiraukan apa pun risiko dia terus meninggalkan mesyuarat itu lalu pulang ke Malaysia. Dan tanpa sempat berehat dia terus menjenguk Iman. Danish duduk di kerusi yang tersedia. Wajah Iman dipandang sayu. Dia mencapai jari-jemari kanan Iman lalu digenggam lembut. Wajah Iman diusap lembut. Sepintas jarinya merayap pada balutan di dahi Iman. Seakan tidak percaya Iman kini terbaring di hadapannya dalam keadaan sebegini. Lalu kenangan di Kota London hampir seminggu lalu menjenguk mindanya.
TIGA minggu lalu, Iman hadir semula dalam hidupnya di kota London. Dua minggu Iman menjadi penghuni setia di kondo mewah Danish di tengah-tengah Kota London. Iman menjadi penemannya. Menjadi penyeri hari-hari Danish. Entah mengapa dalam masa dua minggu itu Danish terasa hidupnya lengkap. Mungki Iman melayannya dengan baik. Menjalankan tanggungjawab sebagai isteri di rumah. Menjaga pakaiannya. Menjaga makan minumnya. Sungguh, dia merasakan kelainan dengan kehadiran Iman. Hatinya gembira dan seakan inilah matlamat hidupnya selama ini.
Dalam masa dua minggu itu juga Danish benar-benar menikmati kehidupan alam rumah tangga. Bangun pagi sahaja baju dan sarapan sudah tersedia. Baliknya bersambut. Danish sendiri seakan selesa makan di rumah bersama Iman. Pada awal kehadiran Iman, Danish ingat lagi yang mereka hanya makan sandwic sepanjang hari kerana tiada bekalan makanan di rumahnya. Pada hari kedua barulah mereka makan makanan yang berat hasil air tangan Iman apabila pagi itu dia terpaksa mengambil cuti untuk menemani Iman ke pasar. Itu pun Iman yang memaksanya. Seronok, pengalaman itu tidak akan dilupakan sama sekali. Bertambah seronok apabila tiba waktu makan kerana makannya akan berteman.
Setiap malam dia tidak pernah ketinggalan untuk makan bersama Iman dari hari pertama Iman di rumahnya. Percaya atau tidak dia sanggup membatalkan temu janji penting hanya untuk makan malam bersama Iman. Temu janji yang sudah diatur berbulan-bulan lamanya dibatalkan hanya untuk Iman. Ahhh... waktu itu dia seakan sudah kemaruk dengan Iman. Apa yang paling penting buatnya adalah bersama Iman.
Danish sedar akan sikap ketabahan dan kegigihan Iman yang bersama-sama keluarganya di saat getir. Iman yang menggantikan tempat dan memikul tanggungjawabnya. Dia seakan terikat pada Iman. Hatinya semakin hari semakin sayang. Hidupnya hanya untuk Iman dan sejak dari saat itu Danish yakin dia tidak akan mampu mencari pengganti sebaik Iman.
Tanpa seorang pun tahu saban tahun dia akan kembali ke Malaysia untuk melihat dan melawat keluarganya dari jauh. Iman sentiasa diikutinya. Gerak-geri Iman sering membuatkan dia ingin pulang ke Malaysia sebenarnya. Dia tidak pernah kisah kalau seharian menanti Iman keluar dari pejabat. Awal-awal pagi dia sudah menunggu hanya semata-mata untuk melihat Iman masuk kerja. Cuma Danish sedikit tidak puas hati apabila Iman sering pulang sehingga jam lapan malam. Kalau nanti mereka hidup bersama Iman tidak akan dibenarkan pulang selewat itu.
Dahulu tanpa mendekati Iman, Danish sudah jatuh cinta hanya dengan melihat tingkah laku Iman dari jauh. Hatinya sudah terpikat dengan Iman walaupun dipisahkan dengan jarak. Kini tinggal serumah membuatkan Danish lebih mengenali Iman. Mengenali Iman membuatkan rasa cinta itu semakin kuat. Semakin teguh di hatinya. Saban hari dia merindui Iman. Kehadiran Iman menyebabkan dia sentiasa ingin cepat pulang ke rumah selepas kerja. Mengenali Iman membuatkan hatinya belajar memahami dan merindui. Tidak sangka Iman punya persamaan minat dengannya.
Bukan dari segi citarasa pilihan cerita atau filem namun dari segi tabiat. Ahhh… memang dia dan Iman bercanggah pendapat tentang memilih cerita. Setiap kali Iman lebih kepada cerita yang lembut penuh perasaan romantis atau kekeluargaan sedangkan dia menyukai filem-filem aksi, hasilnya setiap kali menonton akan ada seorang yang menunjuk muka tak puas hati. Cuma ada satu tabiat yang dia suka... tabiat yang mereka berkongsi setiap kali tiada mood untuk menonton atau keluar ke mana-mana.
Satu yang mungkin hanya dikongsi oleh dirinya dan Iman. Mereka berdua suka menghabiskan waktu malam dengan membaca di balkoni. Duduk berdua-duaan di balkoni bertemankan sebuah buku atau majalah bersama dengan secawan coklat panas cukup menghiburkan pada Danish. Tidak perlu berbicara hanya cukup dengan perasaan ditemani. Memang mereka jarang berbicara kerana fokus dengan pembacaan namun perasaan disayangi itu tetap ada. Benar kata-kata yang menyatakan, adakala bibir tidak perlu berbicara tetapi cukup dengan gerak badan. Kerana bahasa badan lebih ikhlas menceritakan.
Kebahagiaan dua minggu itu berakhir dengan satu malam. Malam yang membuat dia terasa hati dengan Iman. Malam yang seolah-olah membayangkan hati Iman bukanlah miliknya. Malam di mana Iman menyatakan kesanggupannya untuk pergi dari hidup Danish dan keluarga Danish jika itu yang diminta sebagai syarat untuk Danish pulang ke pangkuan keluarga. Kata-kata yang cukup jelas bahawa Iman tidak mengerti isyarat yang diberinya selama dua minggu isterinya itu bersamanya. Malam yang membuatkan hatinya terluka. Sampai ke saat ini dia masih ingat kata-kata Iman pada malam itu.
"Awak baliklah, Danish. Tempat awak bukan di sini, tapi di sisi keluarga awak. Tolonglah, mama dan papa awak rindukan awak sangat. Saya tahu awak takkan balik kerana saya ada di sana. Di sisi keluarga awak. Apa kata saya berjanji kalau awak balik saya akan lakukan apa saja apa yang awak nak saya buat. Malah saya sanggup keluar dari keluarga awak, jauh dari kehidupan awak.... Ya... saya akan keluar dari kehidupan awak kalau itu awak nak. Cuma saya minta enam bulan saja. Saya akan keluar dari kehidupan awak dan keluarga awak pada hari genap enam bulan awak pulang ke pangkuan keluarga awak. Saya janji."
Janji itu yang melukakan hati Danish. Iman sanggup berkata begitu setelah dua minggu mereka tinggal bersama. Nampak sangat Iman tidak memerlukan dirinya. Kenapa? Tidakkah Iman sedar yang dia mula menerima Iman di dalam hidupnya?
"DANISH... Danish...." Suara itu menyedarkan Danish dari memori semalam. Segera dia mengangkat muka. Kelihatan Intan, temannya yang merawat Iman itu sudah berdiri di sebelahnya.
"You kenapa? Dari tadi I panggil tak jawab. I tahulah you risaukan wife you ni. Hm... sayang betul you dengan dia ya. Cepat aja you sampai." Usikan Intan itu disambut dengan senyuman hambar Danish.
"Thanks, Intan. I owe you one. How is she?" Danish bertanya lembut. Dia memang terhutang budi pada Intan. Hubungannya dan status keadaan dirinya bersama Iman bukan lagi rahsia pada Intan malah pada Amran. Pada Intan dan Amran, si kembar itulah tempat dia meluahkan perasaannya dahulu.
"She is okay. Tapi I kena letak dia bawah pemerhatian, takut ada kesan sampingan. Kaki dia terseliuh sikit dan tangan dia luka. Cuma yang kita risaukan sikit, pasal luka di kepala dia tu. Agaknya terhantuk kat stereng. Takut gegaran tu nanti boleh menyebabkan pendarahan dalaman. Sebab tu I letakkan dia di bawah pemerhatian." Intan menjelaskan keadaan Iman.
"Once again thanks, Intan. Cuma I nak minta tolong you. Boleh tak you tolong I aturkan perjumpaan dengan pegawai polis yang uruskan kes Iman ni. Sebab I percaya ni mesti kes khianat. Iman ni berhati-hati sangat, tak mungkin boleh self-accident macam tu." Wajah Danish penuh mengharap. Dia kenal Iman. Dia tahu isterinya itu seorang yang berhati-hati. Tidak mungkin dan mustahil untuk Iman self-accident seperti yang dilaporkan.
"Insya-Allah, tak ada masalah. Lagipun you kan husband dia. I akan cuba. Okeylah, I keluar dulu. Tak nak ganggu you." Intan meninggalkan pasangan tersebut. Kasihan dia melihat wajah Danish. Wajah Danish nampak benar berserabut. Kerisauan memang terserlah. Kini Intan yakin yang Danish terlalu sayangkan Iman. Bertuahnya Iman mendapat suami yang mencintainya. Adakah nasib dia nanti sebaik Iman? Intan berharap begitu. Tidak ada yang lebih menggembirakan seorang isteri selain dianugerahkan seorang suami yang mencintai dirinya sepenuh jiwa dan raga. Lebih dari dirinya sendiri.
"TERIMA KASIH, sayang." Sebaik sahaja Intan keluar dari bilik Iman ada suara berterima kasih padanya. Farhan, abang Iman. Farhan yang juga bakal tunangnya. Kebenaran daripada Farhanlah yang membolehkan dia memberi peluang untuk Danish bersama Iman di wad.
"Intan yang patut berterima kasih pada Han sebab izinkan Intan bagi tahu pada Danish. Harap-harap mereka bahagia nanti, kan Han."
Ketulusan hati itulah yang membuatkan Farhan jatuh cinta pada Intan. Farhan tersenyum sambil memandang buah hatinya. Mereka kemudiannya beriringan pergi meninggalkan pasangan yang akan memulakan lembaran baru dalam hidup mereka.
Farhan ingat lagi tiga tahun lepas dia mencari Danish untuk memaksa Danish melepaskan Iman setelah mengetahui perihal kontrak perkahwinan antara Iman dan Danish. Dia yang dalam keadaan sangat marah itu hampir sahaja mengamuk di rumah sewa Danish kerana tidak bertemu dengan Danish. Apatah lagi apabila teringat pada pagi itu Iman ke rumahnya dengan air mata mengalir di pipi selepas pulang dari rumah Danish. Di situ dia bertemu Intan. Intanlah yang menyabarkannya. Intan juga yang menyangkal segala pendapatnya tentang Danish dan Intan juga yang meyakinkannya yang Danish boleh membahagiakan adiknya. Dia ingat lagi kata-kata Intan yang mengubahnya dari saat itu.
"Seorang perempuan takkan mudah menangis kalau bukan kerana sayang. Kalau hanya kawan biasa cakap sesuatu yang boleh menyakitkan hati kita, selalunya kita anggap itu gurauan tapi cuba kalau orang yang kita sayang katakan ayat yang sama perkataan yang sama pasti kita dah merajuk dan fikir yang bukan-bukan. Air mata tu bukan mewakili benci tapi juga sayang. Benci dan sayang itu bezanya senipis dan sehalus rambut. Kalau awak benar-benar sayangkan adik awak, tolong fikirkanlah apa yang saya katakan ni."
Itu pertemuan pertama Farhan dan Intan. Ceramah percuma yang Intan berikan padanya membuatkan dia berfikir. Mungkin terlalu memikirkan kata-kata itu menyebabkan Farhan sentiasa teringatkan Intan. Akhirnya salam sahabat dihulurkan pada Intan. Kehadiran Intan di dalam hidup Farhan membawa sejuta perubahan. Intan membuatkannya menjadi lebih bertimbang rasa. Lebih terbuka. Mengenali Intan akhirnya membuatkan dia jatuh sayang lalu jatuh cinta. Syukur... sekarang Intan menjadi kekasih dan tidak lama lagi akan menjadi tunangannya.

0 comments:
Post a Comment