Jodoh Atau Cinta - Bab 7
Bab 7
MALAM ini mungkin sudah tersurat rezeki Danish. Dia berjaya menyelinap masuk. Semalam sekali lagi Danish berjaya menyelinap masuk ke wad papanya Bukan selalu dia bernasib baik begini. Jarang-jarang sekali. Ada kalanya dia sudah pun sampai di hadapan pintu, tetapi Iman pula masih berjaga membuat kerja-kerja syarikat lalu terpaksa dia membatalkan niatnya. Adakala dia takut kalau terserempak dengan doktor yang dia kenali. Jadi, bukan mudah untuk dia masuk melihat perkembangan papanya.
Malam ini Danish ingin menjenguk papanya dan sekali gus ingin melihat keadaan Iman. Dia rasa bersalah meninggalkan segala beban tanggungjawab yang sepatutnya dia pikul di pundak Iman. Bertambah bersalah tatkala melihat Iman tertidur dalam keadaan duduk bersama-sama fail yang bertimbun. Pastinya Iman terlalu banyak kerja. Kalau tidak masakan Iman sampai tertidur begini.
Danish memandang wajah kepenatan Iman dengan perasaan belas. Wajah itu cukup lemah di mata Danish walau sinar ketenangan masih milik gadis itu. Pasti Iman letih. Siangnya di pejabat dan petangnya di hospital. Entah selama mana isterinya itu mampu bertahan? Sungguh dia berasa sangat bersalah.
Adakala kalau ikutkan kata hati, ingin sahaja Danish muncul datang membantu Iman namun dia rasakan tidak sesuai untuk dia muncul begitu sahaja. Lagipun apa yang harus dia jawab jika mereka bertanya ke mana hilangnya dia selama ini?
Melihat Iman tidur dengan begitu lena, Danish pantas mengemas fail-fail yang bertaburan. Dengan perlahan Danish mengambil fail di atas riba Iman. Melihat Iman tidak berkutik sedikitpun, Danish memberanikan diri mengangkat kepala Iman dan dengan penuh berhati-hati dia baringkan Iman di atas sofa. Kepala Iman dialas dengan bantal yang tersedia. Akhirnya dia berjaya membaringkan separuh tubuh Iman. Danish mengangkat pula kaki Iman biar Iman tidur dengan selesa. Selamba Danish membuka kasut di kaki Iman sebelum menyelimut Iman dengan selimut yang tersedia di situ.
Iman benar-benar keletihan nampaknya. Sehingga tidak satu pun gerak-geri Danish yang dia sedari. Melihat Iman lena begitu, Danish duduk di tepi sofa sambil merenung wajah Iman. Wajah itu tidak banyak berubah. Hanya kini nampak sedikit matang. Iman tidak cantik tetapi comel. Satu yang cantik pada Iman, iaitu matanya. Kini sudah bertahun lamanya tetapi Danish masih ingat bening mata itu.
Iman gadis yang biasa-biasa sahaja. Sedikit tembam tetapi seingatnya dahulu Iman lebih berisi berbanding sekarang. Kalau difikirkan, Danish suka Iman yang di hadapannya kini. Comel dan manis. Sederhana begini. Tidak ada secalit solekan pun di wajah mulusnya. Asli. Namun apa yang lebih membuatkan Danish tertawan adalah sekeping hati milik Iman. Jujur, ikhlas dan tabah walaupun usianya masih muda.
Tiba-tiba hati Danish berdetik. Masakan tidak ada kumbang yang mengintai bunganya ini? Sedangkan dirinya begitu mudah tertawan hanya dengan merenung Iman tertidur begitu. Inikan pula lelaki-lelaki lain yang saban hari berjumpa, berbual dengan Iman. Lelaki-lelaki yang melihat Iman tersenyum dan ketawa. Aduh! Hati Danish tiba-tiba rasa sakit. Rasa sakit itu seperti puluhan, mungkin ratusan jarum yang mencucuk ke hatinya. Sakit cemburu!
Hati lelakinya seakan menyuruh dia terus merenung Iman yang sedang lena.
Cemburu ke dia? Tiba-tiba hatinya bersuara. Ah dia lelaki. Lelaki ada ego dalam mempertahankan haknya. Sedangkan waktu dulu, saat dia masih belum menyayangi Iman, rasa ingin menguasai hidup gadis itu telah ada. Inikan pula saat-saat hatinya sudah mula menyayangi gadis di hadapannya ini. Pasti rasa ingin memiliki Iman itu semakin kuat. Kalau boleh dia ingin Iman hanya menjadi miliknya sampai bila-bila.
"I would never let you go, honey. You are mine. Only mine..." bisik Danish lembut di telinga Iman. Tangannya sudah mengusap lembut pipi gebu milik gadis itu.
Suara hatinya seakan menyuruh dia bertindak lebih jauh. Danish meletakkan bibirnya lama di dahi Iman. Kudus perasaannya ketika menghadiahkan ciuman itu di dahi Iman. Ciuman keduanya selepas hari pernikahan mereka.
Danish bergerak menjauh sedikit apabila terasa kepala Iman bergerak sedikit. Mungkin ia terasa sedikit terganggu. Seketika Danish terpaku sebentar melihat mata Iman yang tadi tertutup rapat, kini sedikit terbuka. Iman bagai melihatnya. Bibir Iman terlukis sebaris senyuman yang paling manis yang pernah Danish lihat. Danish kaku seketika. Dia risau kalau Iman terjaga.
"Danish...."
Danish mendengar namanya disebut lembut oleh Iman sebelum mata yang cantik itu kembali terpejam. Senyuman di bibir Iman tetap ada. Nampak tenang dan lebih manis daripada biasa. Agaknya apalah mimpi Iman saat ini? Adakah Iman bermimpi tentang dirinya? Rindukah Iman padanya?
Tersenyum sendiri Danish memikirkannya.
"Tidurlah sayang... mimpi yang indah-indah..." bisik Danish lagi. Dia menghadiahkan lagi satu ciuman di pipi kanan Iman.
Sebelum melangkah pergi, sempat Danish mengemaskan selimut Iman yang sedikit teralih. Berat rasa hatinya ingin meninggalkan gadis itu. Malam ini adalah malam yang paling bahagia dan bertuah dirasakannya. Hati Danish gembira dan tenang. Bagai terlepas rindu yang membara. Ya... baru Danish sedar yang dia rindukan Iman selama ini.
IMAN rasa hari ini permulaan yang baik untuknya. Pagi ini Iman bangun dengan satu perasaan yang cukup berbeza. Bagaikan hari ini menjanjikan sesuatu yang cukup indah buatnya.
Pagi itu doktor yang merawat Dato’ Arif membenarkan Dato’ Arif pulang ke rumah. Dia bersyukur dan gembira. Namun benarkan dia gembira hanya kerana itu? Atau mungkin ada sebab lain? Adakah mungkin kerana mimpi semalam? Semalam dia bermimpi Danish datang padanya. Membisikkan kata-kata yang cukup indah ke telinganya. Walaupun Iman yakin itu hanya mimpi, tetapi ia seolah-olah seperti benar-benar terjadi.
Tapi mana mungkin Danish ada di sini? Kalau Danish ada di Malaysia, tentu sudah lama Danish pulang ke rumah membantunya. Iman yakin Danish tidaklah sekejam mana untuk membiarkan dia sendirian memikul beban seperti sekarang.
Cuma satu yang Iman hairan, siapa yang membaringkannya? Seingat Iman, semalam dia tertidur dengan fail-fail yang berselerakan di atas meja. Ajaibnya pagi ini, dia bangun dengan semua fail sudah tersusun rapi. Malah tidurnya juga beralaskan bantal dan berselimut. Pelik tetapi benar.
Alah... boleh jadi jururawat yang membantu mengemas mejanya yang berselerak.
"Iman?"
Suara Datin Hajar yang lembut, menghapuskan segala khayalan Iman.
"Ya mama...." Iman cuba menyembunyikan rasa terkejut itu dengan senyuman. Wajahnya nampak bersinar-sinar daripada biasa.
"Kenapa Iman termenung? Ada masalah ke?" tanya Datin Hajar prihatin dengan keadaan Iman. Sejak dari datang tadi dia sedar Iman sedikit berbeza daripada biasa. Wajah itu ceria dan berseri. Tambah berseri apabila Dato’ Arif dibenarkan pulang. Tetapi itu bukan masalahnya. Kalau boleh dia ingin Iman selalu ceria begini.
"Tak ada apa-apalah mama. Mama dah siap kemas? Kalau dah siap, jomlah kita balik. Tadi Iman dah jelaskan bil hospital," kata Iman mesra. Takut kalau-kalau Datin Hajar terus bertanya.
"Dah. Marilah kita balik." Datin Hajar menahan rasa ingin tahunya. Cukuplah kalau Iman itu sihat. Datin Hajar cuba memujuk hati sendiri.

0 comments:
Post a Comment