Jodoh Atau Cinta - Bab 13
Bab 13
IMAN menunggu dengan sabar di Lapangan Terbang Heathrow London. Gaya santai dengan jean dan blaus berwarna biru. Tubuhnya dibalut dengan jaket kulit paras paha untuk mengelakkan kesejukan. Iman sengaja mencari tempat duduk yang agak terbuka agar senang Danish mencarinya. Itupun kalau Danish masih kenal rupa isterinya ini.
Iman telah menghubungi Danish sebaik sahaja mendarat tadi. Sengaja dia meminta Danish menjemputnya. Bukan mahu menyusahkan Danish tetapi Iman mahu Danish tahu kedatangannya ke sini. Lagipun kembalinya dia menjejakkan kaki ke bumi asing ini juga kerana Danish. Mereka perlu berbincang dan harus membuka jalan perbincangan. Biarlah dia yang menjadi orang itu.
Iman terkenang kembali saat dia memberanikan diri menghubungi Danish tadi. Beberapa kali juga dia menelefon dan mematikan talian sebelum sempat panggilannya disambut. Itu belum mengira lagi beberapa kali dia menarik nafas panjang. Syukur akhirnya dia diberi kekuatan untuk menelefon dan bercakap dengan Danish. Lucu pula kalau difikirkan kembali. Begitu besar impak Danish padanya walaupun sudah empat tahun berlalu.
DANISH memarkirkan keretanya. Nasib baik dia tidak perlu berpusing beberapa kali mencari tempat parkir. Di bibirnya terhias dengan senyuman manis. Menggambarkan hatinya yang ceria dan gembira. Ya... kedinginan hatinya selama empat tahun ini kembali hangat dengan satu panggilan. Danish tidak sangka nombor asing yang menelefonnya beberapa kali itu adalah nombor telefon Iman. Terkejut juga dia menyambut panggilan itu tadi. Hinggakan Danish terdiam ketika Iman memperkenalkan diri.
"Hello. Danish speaking." Danish akhirnya menjawab panggilan dari nombor yang sudah beberapa kali mencatatkan missed call di dalam senarai panggilan.
"Assalamualaikum, Danish. Iman ni."
Suara di hujung talian memperkenalkan diri. Lembut nada suara itu menyapa telinganya. Sungguh Danish terpaku. Danish terdiam tatkala mendengar suara itu memperkenalkan diri. Buat kali pertama setelah empat tahun, Danish kembali mendengar suara itu. Empat tahun lamanya. Tetapi suara itu masih sama. Rupa-rupanya Danish tidak pernah lupa suara lembut milik isterinya itu.
"Hello, Danish. Iman Umairah ni. Your wife. Remember?" Iman sekali lagi memperkenalkan diri. Mungkin sedikit terpukul dengan kebisuan Danish.
"Iman...." Nama itu lembut keluar dari seulas bibir milik Danish.
"Yes. Your wife. I kat Heathrow Airport ni. Boleh tak you tolong jemput I?"
"Iman kat London?" tanya Danish teruja.
"Yes. I baru sampai. Masih kat airport. Boleh you ambil I?"
"Yes. I mean okay. Tunggu I kat situ. Jangan pergi mana-mana." Danish kelam-kabut bersetuju. Dia tergesa-gesa meninggalkan pejabatnya. Selaju mungkin dia memandu. Tidak sabar menemui wajah yang dirindui walaupun baru tiga bulan lepas dia ke Malaysia semata-mata untuk melihat wajah Iman dari jauh.
DANISH berlari masuk ke airport yang tersergam indah itu. Cantik. Matanya mencari insan yang dirinduinya. Akhirnya dia bertemu apa yang dicari. Iman sedang duduk menantinya sambil membaca novel. Hobi Iman masih sama. Masih suka membaca novel.
"Ehem... assalamualaikum." Danish memberi salam apabila Iman tidak menyedari kehadirannya yang sudah tegak berdiri di hadapan Iman.
"Waalaikumsalam." Iman nyata terkejut dengan kehadiran Danish. Dia segera bangkit. Hampir terhambur ketawa Danish melihat reaksi Iman. Namun rasa lucu itu tenggelam dalam rasa tertawan.
Hatinya tertawan melihat penampilan Iman. Cantik sungguh isterinya dengan solekan nipis. Sudah pandai bergaya. Lama Danish merenung Iman. Tidak mahu melepaskan peluang sebegini. Peluang yang tidak pernah diimpikan. Selama ini kalau melihat Iman pun hanya dari jauh. Baru kini ada rezeki buatnya menatap Iman secara bersemuka begini. Ralit Danish merenung Iman. Danish tersedar sehingga Iman melambaikan tangan di hadapannya.
"Lama tunggu?" Danish cuba berbasa-basi menutup kesilapan diri. Lagipun sudah empat tahun mereka saling terputus kata. Sekarang dia tidak mahu kebisuan terus menyelubungi mereka. Cukuplah untuk empat tahun itu.
"Salah I. Telefon lambat sangat. I harap tak ganggu you." Iman tidak menjawab soalan Danish. Tidak perlu dijawab rasanya. Masing-masing tahu berapa lama Iman menunggu di situ.
"Tak ganggu pun. Jom," ajak Danish. Bagasi Iman ditarik. Cuba berlagak gentleman. Manalah tahu hati Iman akan terpikat.
IMAN hanya duduk senyap di samping Danish yang sedang memandu. Iman perasan Danish sudah banyak berubah. Wajahnya nampak semakin matang dan tenang.
"Bila mesyuarat tu?" Akhirnya Danish meluahkan kata-kata memecahkan kebisuan antara mereka. Dia masih belum tahu misi Iman datang ke London ini. Tetapi Danish mengagak yang Iman datang untuk mesyuarat.
Mata Danish masih memandang ke hadapan. Walaupun hatinya meronta-ronta untuk berpaling melihat Iman namun dia cuba menahan. Tidak sanggup memandang Iman kerana dia tahu setiap kali memandang Iman jantungnya berdegup kencang malah lebih kencang tatkala tangannya digenggam tuk kadi dahulu. Kalaulah ikutkan hati saat ini ingin sahaja dia memberhentikan kereta di mana-mana dan memanggil teksi. Dia mahu menumpukan sepenuh perhatian pada Iman. Dia hanya mahu merenung wajah Iman.
"I datang bukan nak mesyuarat, tapi nak jumpa you." Ayat itu bagai mudah meluncur di bibir Iman. Namun meluahkan kata-kata itu bagaikan menggegarkan jantungnya saat itu.
Danish menoleh ke arah Iman. Buat pertama kali Iman begitu berani meluahkan padanya kata-kata sebegitu. Selama ini gadis itu cukup menjaga tutur kata di hadapannya. Cukup malu dan takut-takut dengannya. Tetapi dia suka Iman begini. Sekurang-kurangnya dia tahu isi hati Iman dan dia tidak perlu lagi meneka.
"Tengoklah kat depan. Nanti tak pasal-pasal dua-dua masuk hospital kang." Iman sekali lagi berbuat selamba.
Danish menguntum senyum kecil. Tidak sangka baru setahun lebih tidak berjumpa, Iman sudah banyak perubahan. Nyata masa mendewasakan Iman.
"Cantik you pakai tudung. Tudung tu pun cantik." Entah bagaimana tiba-tiba sahaja terkeluar pujian itu dari bibir Danish. Tadi Danish tidak sedar, tudung yang dipakai Iman itu adalah tudung yang dihadiahkan pada Iman secara senyap tiga tahun lepas. Apabila Iman membuka jaket untuk membaiki letak tudungnya di kepala barulah Danish sedar tudung putih yang dipakai oleh Iman itu adalah tudung yang dihadiahkannya dahulu.
"Thanks. Dah sampai seru I agaknya. Semua manusia perlu perubahan dan perlu berubah." Iman sedikit kalut mendengar pujian itu. Walaupun jawapannya kedengaran yakin tetapi wajahnya merah menahan malu. Tidak sangka dipuji sebegitu oleh suami yang sudah lama tidak bersua muka dengannya.
Iman menggenggam hujung tudungnya yang bersilang itu. Entah kenapa hatinya terbuka untuk memakai tudung ini. Tudung yang dihadiahkan oleh seorang hamba Allah padanya. Seorang insan yang memberinya ruang dan semangat. Selama tiga tahun Iman menyimpan tudung ini di dalam almari. Baru kali ini tergerak hati Iman untuk memakainya.
Danish tidak sangka Iman boleh menjawab pujiannya sebegitu rupa. Sangkanya Iman hanya akan berdiam diri dan tertunduk malu. Namun Danish seakan sedar. Iman di hadapannya kini bukanlah Iman dahulu yang hanya diam apabila ditindas. Iman yang bersamanya kini adalah Iman yang berani bersuara. Iman yang cergas dan sedikit agresif. Jauh di sudut hati Danish berharap Iman tidak berubah, walaupun tidak dinafikan dia suka kan perubahan Iman. Tetapi biarlah sikap Iman itu masih kuat kerana dia jatuh hati pada Iman yang dahulu. Iman yang tabah. Iman yang menurut katanya. Iman yang dia tahu dan yakin akan setia sebagai isterinya.

0 comments:
Post a Comment