Jodoh Atau Cinta - Bab 8
Bab 8
KEGEMBIRAAN Iman hanya bertahan sehari sahaja. Baru dia hendak bernafas dan mencari ruang untuk merehatkan diri, Dato’ Arif telah memintanya untuk terus menguruskan syarikat buat sementara waktu.
Selain rasa sedikit terbeban dengan permintaan bapa mentuanya itu, Iman rasa terharu dengan kepercayaan yang diberi padanya. Nampaknya kedua-dua orang tua itu sudah boleh menerima dia di dalam keluarga ini.
Hanya satu masalahnya sekarang. Masalah yang menanti di hadapannya kini. Puan Hartimah, kakak kepada mak mentuanya. Mak long kepada Danish. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Arrisya, inilah ibu kepada Maya, kekasih Danish.
Sekarang Iman terpaksa berhadapan dengan wanita yang begitu membenci dirinya. Iman tidak tahu kenapa wanita itu harus berada di sini. Hatinya mula berasa tidak sedap.
"Kak long bukan apa Hajar. Kak long tak nak syarikat kamu tu nanti jatuh ke tangan orang lain. Kak long dengar, dia berlagak jadi puan besar kat syarikat kamu tu."
Akhirnya Iman faham kenapa Puan Hartimah memanggilnya, dan Iman faham juga apa makna sindiran-sindiran pedas Puan Hartimah padanya sejak dia duduk di ruang tamu ini tadi.
"Tak ada siapa yang jadi puan besar, kak long. Lagipun bukan orang lain yang uruskan syarikat tu. Saya dan Abang Arif dah setuju nak biarkan Iman yang uruskan. Dia bukan orang lain. Iman ni menantu kami juga. Lagipun nak harapkan siapa lagi kak long?" Datin Hajar nampak tidak selesa dengan kata-kata kakaknya itu. Yang dikata itu adalah menantunya. Dia yang mendengar rasa panas telinga.
Kesian Iman... tak pasal-pasal jadi mangsa. Dah cukup banyak pengorbanan Iman pada keluarga mereka. Janganlah pula kerana pengorbanan itu, Iman dihina. Kak longnya itu kalau bercakap memang tidak pernah hendak fikir perasaan orang lain. Sudahlah tadi mengungkit hal pernikahan Danish dan Iman yang menyebabkan Maya patah hati. Pasti Iman kecil hati tatkala mendengar yang suaminya pernah ingin dijodohkan dengan Maya.
"Apa pula tak ada orang lain? Abang Haron kau ni boleh tolonglah. Dari kamu percaya kat budak mentah tu, baiklah kamu suruh Abang Haron kamu yang tengok-tengokkan syarikat laki kamu tu." Nampaknya Puan Hartimah masih tidak berpuas hati mendengar penjelasan Datin Hajar. Mendidih darahnya apabila Datin Hajar cuba memenangkan Iman. Sakit hatinya apabila adiknya itu lagi mempercayai Iman daripada suaminya sendiri. Apa salahnya kalau Datin Hajar menyuruh Haron yang menguruskan syarikat itu? Bukan orang lain pun, abang iparnya juga.
"Kami bukan tak nak minta tolong Abang Haron, kak long... tapi kalau dah Iman ini ada, biarlah dia aje yang uruskan. Kami tak naklah menyusahkan kak long dengan Abang Haron." Sebaik mungkin Datin Hajar cuba memujuk kakaknya itu. Datin Hajar takut sangat kalau Puan Hartimah mengata yang bukan-bukan lagi pada Iman. Hati menantunya itu perlu dia jaga.
"Alah... kamu memang sengajakan? Jangan-jangan kamu ni dah terkena buatan orang agaknya. Terkena ubat pengasih. Sampai keluarga sendiri pun kamu dah tak percaya!"
Kata-kata itu membuat Iman terus angkat muka. Terusik hatinya. Walaupun wanita itu tidak menyebut namanya, tetapi Iman tahu kata-kata kejam itu untuknya.
"Kak long! Apa yang kak long cakap ni? Biarlah saya dengan Abang Arif nak suruh siapa pun uruskan syarikat tu. Tapi kak long tak patut cakap Iman macam tu!" Marah benar Datin Hajar dengan Puan Hartimah.
Hati tua Datin Hajar sendiri terusik dengan kata-kata itu. Sebagai mentua, dia malu dengan tuduhan melulu kakaknya itu. Dia sudah banyak terhutang budi pada menantunya itu. Iman sudah banyak berkorban untuk keluarganya. Bukan terima kasih yang menjadi balasan, tetapi penghinaan pula yang dilemparkan pada gadis itu. Malu betul dia dengan sikap angkuh kakaknya itu.
"Amboi!!! Kamu dah pandai nak menangkan dia nampaknya. Sah-sah kamu ni dah terkena ubat guna-guna. Tak apa Hajar... kalau apa-apa jadi nanti, kamu jangan nak cari kak long. Penat aje kak long datang kat sini. Ingat nak menolong, tapi kalau orang macam kamu ni, baik tak payah tolong. Aku nak balik!" Puan Hartimah nyata tidak puas dengan kata-kata adiknya itu. Dia bangun dengan muka yang merah menahan geram.
"Akak tak nak minum dulu ke?" tanya Datin Hajar lembut. Cuba memujuk kembali. Sebagai adik dia sudah terlalu biasa mengalah dengan kakaknya itu.
"Tak payah! Aku tak dahaga pun!" tolak Puan Hartimah kasar lalu melangkah keluar. Nampak sangat darjah kemarahannya sudah ke tahap kritikal.
Datin Hajar hanya menggeleng melihat gelagat kakaknya yang seperti kebudak-budakan itu.
"Mama minta maaf, Iman. Jangan ambil hati dengan kata-kata mak long tu. Orang tengah marah memang macam tu." Segera Datin Hajar meminta maaf pada menantunya. Takut menantunya itu terasa hati.
Kesian sungguh dia pada Iman. Hilang terus senyuman manis Iman semalam. Datin Hajar benar-benar rasa bersalah.
"Tak apalah ma... Iman tak ambil hati pun. Iman naik dulu mama," kata Iman lalu meminta diri.
Datin Hajar hanya mengangguk. Cuba mencari ruang buat dirinya. Mencari ruang untuk dia terus bernafas dan bertenang.
MALAM itu Iman datang menemui Dato’ Arif dan Datin Hajar di bilik mentuanya. Dia puas berfikir sejak Puan Hartimah pulang dalam keadaan marah-marah tadi. Iman cuba menimbang balik kedudukannya. Dia sudah membuat keputusan. Iman rela berundur dan memberi jawatannya pada suami Puan Hartimah. Lagipun tidak salah dia buat begitu. Tidak selamanya dia ada di sini membantu Dato’ Arif dan Datin Hajar. Dia akan kembali ke Liverpool menyambung pengajiannya. Jadi, dia perlu berbincang kembali dengan ibu bapa mentuanya itu.
Iman tidak mahu kerana dia, Datin Hajar bergaduh adik-beradik. Lagipun dia tidak sanggup kalau kerana perkara ini, nama arwah ibunya nanti disebut-sebut. Jangan kerana dia, ibunya yang tiada pun dipersalahkan. Iman tidak akan mampu bertahan kalau itu terjadi.
"Assalamualaikum." Iman memberi salam sebaik sahaja daun pintu dikuak.
"Waalaikumsalam. Iman?" tegur Datin Hajar. Wajah menantunya itu dipandang dengan perasaan yang bercampur. Hairan dan bimbang. Ya... hairan kerana wajah Iman seperti terkandung masalah. Bimbang... apakah Iman ingin pergi meninggalkan mereka.
Iman melangkah masuk ke dalam bilik mewah itu dengan perasaan berdebar. Dia segan. Inilah kali pertama dia masuk ke bilik ini. Selama ini dia tidak pernah pun lalu, apatah lagi untuk masuk ke sini.
"Duduklah. Ada apa Iman cari mama ni?" Datin Hajar menegur mesra. Wajah menantunya itu ditatap dengan penuh kasih sayang.
Datin Hajar mengajak Iman duduk bersamanya di meja kopi yang tersedia di dalam bilik itu. Di sinilah dia dan Dato’ Arif berbual saban malam. Menghabiskan masa bersama... bercerita dan kadangkala bergurau senda. Usik-mengusik.
Iman hanya mengikuti langkah Datin Hajar dan melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan wanita itu.
Dia mulai berasa selesa dengan kehadiran gadis itu dalam keluarganya. Sekarang dia hanya ingin menghapuskan rasa kekok Iman terhadap dirinya dan suami. Walaupun Iman baik dan mesra dengannya suami isteri, namun Iman nampak kekok apabila setiap kali bersama mereka. Tidak seperti ketika Iman bersama dengan Arissya atau pembantu rumah mereka.
"Iman ada hal sedikit nak berbincang dengan mama dan papa," kata Iman sedikit teragak-agak. Iman tahu dia perlu bijak memilih kata agar kedua-dua orang tua itu tidak terasa hati.
"Ada apa Iman?" tanya Datin Hajar lembut.
Kelihatan Dato’ Arif yang sedang bersandar di kepala katil sambil membaca buku. Berpura-pura tidak mahu ambil tahu akan kehadiran Iman di dalam bilik itu. Sejak dari hospital lagi Dato’ Arif teringin sekali hendak berbual-bual dengan Iman. Hendak berterima kasih pada gadis itu kerana sudi menjaganya. Dia bukan jenis manusia yang tidak tahu hendak berterima kasih. Cuma Dato’ Arif tidak tahu bagaimana ingin memulakannya.
"Iman nak berbincang tentang syarikat. Iman rasa baiklah kalau Iman tarik diri aje mama. Biarlah pak long dan mak long yang uruskan. Mama jangan salah sangka. Bukan Iman tak nak uruskan syarikat papa atau sebab berkecil hati dengan mak long tadi. Tapi Iman dah fikir. Betul juga kata mak long, Iman terlalu muda untuk uruskan syarikat papa yang besar tu. Lagipun tak lama lagi Iman dah nak balik ke England. Jadi kalau boleh Iman tak naklah nanti susahkan papa pula." Iman cuba menerangkan sebaik mungkin pada Datin Hajar. Dia tidak mahu Datin Hajar salah anggap.
"Cuba Iman cakap dengan mama, kenapa tiba-tiba Iman nak tarik diri? Mama tengok syarikat tak ada masalah pun sepanjang Iman uruskan." Datin Hajar cuba mencungkil walaupun dia yakin keputusan Iman ini berkait rapat dengan kedatangan Puan Hartimah petang tadi.
"Betul mama... Iman rasa lebih baik pak long yang uruskan. Pak long lebih banyak pengalaman. Lagipun Iman kena balik, sambung pengajian Iman yang tertangguh tu." Iman cuba memberi penjelasan dengan sebaik mungkin. Walaupun nampak sukar benar Datin Hajar untuk menerimanya.
"Papa nak Iman yang uruskan. Papa tak nak orang lain. Kalau Iman tak faham, Iman boleh tanya papa. Masa nilah Iman nak belajar. Syarikat tu suatu hari nanti pun akan jadi milik Iman dan Danish juga," sampuk Dato’ Arif. Dia tidak mahu Iman serahkan pengurusan syarikat itu kepada orang lain, waima birasnya sendiri. Tidak semudah itu untuk dia percayakan orang luar selain menantunya itu. Lagipun inilah masanya Iman belajar selok-belok perniagaan sebelum benar-benar mengambil alih syarikatnya suatu hari nanti.
Iman pantas menoleh pada Dato’ Arif. Dia sedikit terkejut mendengar suara bapa mentuanya itu. Sungguh Iman tidak pernah menyangka yang Dato’ Arif akan bercakap begitu dengannya. Malah Iman tak pernah berharap pun Dato’ Arif akan menegurnya. Berminggu-minggu Iman menjaganya di hospital. Tidak ada sebaris kata pernah diucapkan padanya. Tetapi kenapa kali ini?
"Iman dengarkan apa kata papa. Mama pun tak setuju Iman nak tarik diri. Mama dan papa memang nak Iman yang uruskan syarikat itu. Sudahlah Iman... tak payah nak fikirkan lagi hal ini. Soal Iman nak balik ke sana tu, nantilah kita bincangkan kemudian. Iman dah makan? Tadi kenapa Iman tak turun makan malam?" Datin Hajar mengalih topik perbincangan.
"Iman kenyang lagi la mama. Errr... kalau dah macam tu kata papa dan mama... Iman minta diri dululah. Nak masuk tidur." Iman segera meminta diri. Dia tidak mahu kehadirannya di situ menganggu Dato’ Arif dan Datin Hajar yang ingin berehat.
Sebelum berlalu, Iman bersalam dengan Datin Hajar dan Dato’ Arif.
"Assalamualaikum!" ucap Iman sebelum merapatkan daun pintu.
"Waalaikumsalam..." jawab kedua-duanya serentak sambil menghadiahkan senyuman.
"Kadang-kadang saya kesian tengok Iman tu bang. Dah banyak kita susahkan dia. Kalau tak ada dia, entah apalah yang jadi pada kita. Nak harapkan anak sendiri, entah hilang lesap ke mana. Tak sangka dia nak tolong kita masa susah macam ni," luah Datin Hajar sebaik sahaja Iman hilang di balik pintu. Sayu sungguh hatinya.
"Iman tu memang budak baik. Patutlah arwah abah sayang sangat kat dia. Betul kata arwah abah dulu, tak akan ada yang terbaik buat Danish melainkan Iman. Tak ada menantu yang sebaik Iman tu."
Kini baru Dato’ Arif mengakui akan kebenaran kata-kata bapanya dulu. Memang Iman yang paling sesuai untuk menjadi menantunya. Mencari menantu bukan luarannya saja nampak cantik, tetapi di dalamnya juga.
"Menyesal pula rasanya bila mengenang sikap saya yang dulu. Kalaulah Danish tak pandai nak hargai dia... memang bodohlah dia. Kalau boleh saya nak sangat tengok Danish dan Iman tu berbaik-baik seperti suami isteri yang lain. Mana lagi nak cari menantu sebaik tu zaman sekarang ni?" kata Datin Hajar lagi.
"Danish tak akan lepaskan Iman. Percayalah... kalau dia kenal Iman dengan sebenar-benarnya... pasti dia jatuh cinta. Saya kenal anak saya tu, Hajar," kata Dato’ Arif yakin. Dia sendiri tidak akan setuju kalau Danish ingin lepaskan Iman. Kali ini cara arwah abahnya akan diikuti.
"Harap-harap macam tulah abang. Jom la kita tidur bang. Kalau fikirkan hal budak-budak ni, tak tidurlah kita jawabnya," kata Datin Hajar sambil berbaring di sisi Dato’ Arif.
Kata-kata Dato’ Arif tadi melegakannya. Dia tahu, Dato’ Arif tidak akan membiarkan Danish melepaskan Iman begitu sahaja. Datin Hajar kenal suaminya. Suaminya pasti ada cara tersendiri.

0 comments:
Post a Comment