Jodoh Atau Cinta - Bab 16
Bab16
"DANISH...." Tanpa sedar nama itu terluah dari bibir Iman. Mug berisi air Milo disuakan ke bibir. Sengaja dia berlama-lama di pantri untuk menenangkan hatinya yang resah. Resah dengan kehadiran Danish yang tidak disangka sama sekali.
Iman masih dalam keadaan terkejut. Dia masih tidak percaya dan seakan tidak mahu percaya akan kemunculan Danish. Baru sejam lebih mengetahui Danish satu bumbung dengannya Iman sudah sesak nafas dibuatnya. Satu kerja pun tidak mendapat tumpuan. Kalau mengira, dia akan tersalah kira. Kalau menaip pasti banyak tersilap ejaan.
"Iman, awak panggil nama saya ye?" Danish yang muncul entah dari mana menegur Iman yang sedang khusyuk termenung.
Danish yang berdiri di belakang Iman hanya tersenyum manis saat itu. Suara Iman yang cukup dikenali melawati telinga ketika Danish ingin melangkah masuk ke pantri. Mulanya dia hanya berniat untuk mengejutkan Iman. Tetapi mendengar namanya disebut terdetik pula di hati untuk mengusik Iman.
Iman sedikit terkedu. Dia mengetap bibir tatkala mendengar suara Danish di belakangnya. Ingatkan dia masih bersendiri di pantri tetapi rupa-rupanya ada pula yang datang mengganggu.
Hesy... dari mana pula mamat ni muncul. Alamak, dia dengar ke aku sebut nama dia tadi? Hesy telinga dia ni super power betullah, Iman bermonolog di dalam hatinya.
Perlahan-lahan dia berpaling. Pasti Danish kini di belakangnya. Wajah yang selamba sedaya upaya dipamerkan. "Hmmm... tak sangka Encik Aiman ni perasan orangnya. Mana ada saya panggil awak. Okeylah, saya sambung kerja saya dulu."
Iman menahan malu. Dia berlalu dengan air Milo yang berbaki separuh di dalam mugnya. Saat dia ingin melepasi tubuh Danish, langkahnya terhenti. Satu tindakan yang tidak disangka olehnya telah dilakukan oleh Danish. Danish mengambil mug dari tangannya.
"Hmmm... yalah tu. Air ni untuk saya ya. Thanks." Dengan selamba Danish mengambil mug dari tangan Iman lalu dihirup perlahan.
Iman tidak sempat berkata apa, Danish sudah menghilang. Iman mengetap bibir, geram. Berani Danish mempelakukannya begitu.
DANISH membawa mug itu ke dalam biliknya. Beberapa orang memandang pelik padanya. Setiausahanya seperti terkedu melihatnya. Ekspresi wajah Zahlia membuatkan Danish berhenti seketika. Semua melihatnya seperti orang bersalah.
"Kenapa Zahlia? Awak tengok saya macam nak telan aja." Nada Danish seakan bergurau. Serius dalam bergurau.
"Itu mug Cik Iman, Encik Aiman. Nanti Cik Iman..."
Tidak sempat Zahlia menyudahkan ayatnya, Danish segera memotong.
"Oh... itu ke? Ingatkan apa. Saya share air dengan Iman. Satu lagi. Iman tu bukan cik tapi Puan Iman. Awak tolong minta fail peribadi Iman dari HR."
Danish pantas berlalu. Senyuman masih terukir di bibirnya. Langkah pertama telah diambil. Dia mahu semua orang tahu status Iman. Dia tidak akan ada pesaing.
Tadinya Zahlia ingin menegur Danish kerana sangkanya bahawa Danish tersilap mengambil mug Iman tetapi nyatanya dia yang dikejutkan dengan khabar bahawa bosnya itu berkongsi minuman dengan Iman. Dia tidak perlu meragui lagi kerana dia sendiri nampak kesan lipstik di bibir mug putih yang ada tertulis I LOVE U.
Tambah mengejutkan apabila Danish menyuruhnya memanggil Iman sebagai Puan Iman. Iman dah berkahwin ke?
Beberapa orang staf yang mendengar kata-kata Danish terus mendapatkan Zahlia. Semua tertanya-tanya kini. Bila masa Iman berkahwin? Kenapa mereka tidak tahu tetapi bos mereka yang baru sahaja sampai itu yang tahu. Pelik sungguh.
"Cik Iman dah kahwin ke, Zah? Kenapa bos panggil dia Puan Iman?"
Salah seorang gadis di pejabat itu pantas bertanya.
Mereka yang lain hanya menunjukkan riak wajah ingin tahu yang tinggi. Inginkan kepastian. Mereka tidak mungkin tersalah dengar.
"Manalah aku tahu." Zahlia menjawab perlahan.
Seketika kelihatan Iman keluar dari pantri sambil membawa mug merah yang memang tersedia di pantri.
Semua mata ke arah gadis itu.
Iman merasa pelik kerana diperhatikan oleh kumpulan gadis di hadapan meja Zahlia.
"Kenapa?" Iman bertanya.
Bagaikan berjanji kesemua mereka memandang ke arah lain dan cepat-cepat kembali ke tempat asal.
Hmmm... ini sah-sah mengumpat ni, desis hati kecil Iman. Pantas Iman bergerak menuju ke dalam biliknya.

0 comments:
Post a Comment