Jodoh Atau Cinta - Bab 6
Bab 6
IMAN melangkah perlahan ke dalam pejabat di tingkat 11, Wisma Mega milik arwah Tuan Haji Aman. Tingkat 11, tingkat yang hanya menempatkan pejabat korporat syarikat A&A Berhad. Tingkat yang menempatkan pengurusan teratas empayar Tuan Haji Aman.
Arwah Tuan Haji Aman telah menyediakan asas yang cukup kuat untuk sebuah syarikat dan kebijaksanaan Dato’ Arif melebarkan lagi syarikat yang dahulunya berstatus sederhana, kini bertukar menjadi sebuah syarikat mega. Bukan satu laluan mudah. Banyak pengorbanan dan titik peluh yang mengalir dalam menghadapi jatuh bangun syarikat ini. Oleh itu Iman tekad, walau dengan apa cara sekalipun, dia akan menjaga syarikat ini sebaik yang mungkin. Syarikat ini tidak akan dibenarkan jatuh ke tangan orang lain.
Sejak dari Iman melangkah masuk dari pintu utama lagi, kedatangannya menjadi perhatian. Rata-rata dari saat dia melangkah masuk, banyak mata memandang pelik padanya. Iman tahu mereka pasti hairan dengan kehadirannya di situ. Tentu sahaja mereka tertanya-tanya, siapa dirinya? Bukan sembarangan orang yang boleh masuk ke tingkat ini.
"Maafkan saya. Nak tumpang tanya, bilik Dato’ Arif kat mana?" Iman bertanya pada salah seorang pegawai di situ.
"Jalan lurus, kemudian belok kanan. Pejabat yang pintunya warna coklat." Walaupun wajah itu penuh tanda tanya, namun pegawai itu tetap menjawab pertanyaannya dengan baik.
"Terima kasih," ucapnya lembut.
Iman bergerak ke arah yang telah dimaksudkan dengan perasaan sedikit gementar. Walaupun kedatangannya telah dimaklumkan kepada Uncle Fuad, namun rasa berdebar itu tidak mampu dibuang dari perasaannya ketika ini.
Bermula saat ini dia akan menggantikan Dato’ Arif buat sementara waktu di bawah bimbingan Uncle Fuad. Tugasnya adalah sebagai proxy dan wakil dari keluarga Dato’ Arif, bagi memastikan bahawa kedudukan mereka di syarikat itu tidak terancam.
"Cik... cik nak pergi mana?" Iman ditahan seseorang ketika ingin menolak pintu pejabat Dato’ Arif.
Iman berpaling merenung seorang gadis yang cukup elegen berdiri di belakangnya.
"Nak masuk," jawab Iman naif. Memang itu tujuannya datang ke mari pun.
"Ingat ini pasar malam, main ceroboh sembarangan?" ujar gadis itu sinis.
Boleh tahan budi bahasa gadis yang mungkin tua setahun dua daripadanya ini. Sukar dijangka umur sebenar kerana wajahnya terlalu tebal dengan warna-warna mekap.
"Maaf, cik. Saya diarahkan masuk ke sini." Iman menerangkan kedudukannya di situ. Bukan dia suka-suka untuk masuk ke sini. Dia sendiri terpaksa.
"Kak Sal... Kak Sal!" Gadis itu memanggil seseorang. Kelihatan seorang wanita yang dalam umur lewat tiga puluhan keluar dari bilik hujung, tergesa-gesa merapati mereka. Mungkin ini Salwa, setiausaha Dato’ Arif yang disebut oleh Uncle Fuad.
"Ada apa Cik Rina?" Wanita yang dipanggil Kak Sal itu bertanya pada gadis tadi.
Ohhh... nama dia Rina.
"Siapa perempuan ni? Tadi dia nak masuk bilik papa. Kak Sal tak sedar ke?" tanya Rina. Bilik papa? Hish!! Dato’ Arif ada anak lain ke? Setahu Iman, hanya Arrisya dan Danish saja cucu Tuan Haji Aman.
"Tadi Kak Sal tengah susun fail. Tak sedar. Cik? Cik cari siapa?" tanya wanita tadi dengan penuh berhemah. Memang sesuai dengan jawatannya.
"Dato’ Arif yang minta saya datang kat sini," jawab Iman ragu-ragu. Hatinya berasa cuak.
"Ohh... Dato’ Arif tak ada cik. Dia kemalangan. Sekarang ni Tuan Hairul yang menggantikan tempat dia. Saya Salwa, setiausaha Tuan Hairul sekarang. Panggil aje Kak Sal. Ini Cik Rina, anak Tuan Hairul, dia executive kewangan syarikat," terang Salwa panjang lebar.
Iman semakin tidak sedap hati.
"Begitu. Dah lama ke Tuan Hairul gantikan tempat Dato?"tanya Iman mesra. Cuba mengorek. Rupa-rupanya betullah kata Uncle Fuad. Ada orang gila kuasa cuba merebut tempat Dato’ Arif.
"Sejak Dato’ kemalangan lagi. Sekarang bilik ini pun dah jadi bilik Tuan Hairul." Salwa menjawab soalan Iman tanpa ragu-ragu. Tertarik dia melihat gadis di hadapannya itu. Cukup manis dengan baju kurung dan tudung berwarna biru muda.
"Dulu Tuan Hairul kerja kat bahagian mana?" Iman ingin menyiasat lagi. Jelingan Rina di sebelah hanya dibiarkan sahaja.
"Dulu dia pembantu Dato’. Orang kuat Dato’. Kenapa cik?" Kak Sal bertanya pada Iman kembali.
"Tak ada apa-apa, Kak Sal. Kalau tak kisah, saya tunggu sampai Tuan Hairul balik ke sini. Bolehkan saya tunggu kat situ?" Iman menunjukkan ruangan menunggu.
"Boleh. Cik nak minum apa-apa?" Salwa bertanya lembut.
"Biarkan dia ajelah Kak Sal. Nak buatkan air kenapa pula. Kalau nak tunggu tu, tunggu ajelah. Kak Sal tak payah nak susah-susah buat air. Membazir aje. Entah siapa entah dia ni?" omel Rina pedas.
"Tak apa, Kak Sal. Saya okey." Iman terus meminta diri untuk duduk di ruangan menunggu yang tersedia satu set sofa dan beberapa jenis majalah perniagaan. Iman duduk lalu mencapai salah satu majalah untuk dibaca.
"Hah, Cik Rina datang cari saya kenapa?" Salwa beralih pula pada Rina yang setia menunggunya sedari tadi.
"Ala Kak Sal... saya nak tanya, anak lelaki Dato’ tak balik ke?" Satu persoalan yang menarik perhatian Iman di sebalik majalah itu.
"Entah. Mana Kak Sal tahu." Elak Salwa terus melangkah masuk ke biliknya.
"Ala Kak Sal ni... mesti Kak Sal tahu. Kak Sal kan rapat dengan Datin." Rina membuntuti Salwa. Kemudian kedua-duanya hilang di bilik pejabat Salwa.
SUDAH setengah jam Iman menunggu di ruangan itu. Habis dua naskhah majalah Business dibacanya. Namun orang yang ditunggu tetap tidak kelihatan. Uncle Fuad sendiri telah menyatakan kelewatannya kerana ada sedikit hal yang perlu diselesaikan. Penat duduk, Iman berdiri sambil memerhatikan perhiasan dinding yang terdiri daripada lukisan abstrak sebelum kelibat seseorang menarik pandangannya.
"Tuan Hairul?" Iman mencuba nasib. Menegur lelaki yang baru sahaja berjalan melintasi tempatnya berdiri.
"Ya... siapa awak? Seingat saya, saya tak ada temu janji dengan sesiapa? Salwa!" Memang dah genetik agaknya. Tadi Rina yang memanggil Sal begitu, sekarang lelaki yang diyakini sebagai Tuan Hairul itu memanggil Salwa dengan cara yang sama.
"Ya, tuan?" Kesian betul Iman melihat Salwa. Penat dia diperlakukan begitu. Apa hak Tuan Hairul?
"Siapa ni?" tanya Tuan Hairul dengan nada tegas berbaur sombong. Sakit pula telinga Iman mendengarnya.
"Ohh ni Cik..." Salwa tidak mampu menjawab soalan itu. Sebenarnya tadi dia terlupa hendak bertanya kepada Iman tadi.
"Saya Iman. Dato’ Arif yang minta saya ke sini." Iman menyampuk. Dia rasa perlu untuk dia menjelaskan sesuatu.
"Dato’ Arif? Saya tak ada masa nak layan awak. Awak pun tak ada temu janji, kan? Awak ingat ini pasar malam. Sesuka hati saja nak terjah. Sal, tunjukkan budak ni jalan keluar." Tuan Hairul dengan sombong mengeluarkan amaran. Seolah-olah tidak peduli berapa lama Iman telah menunggunya tadi. Kini mudah saja dia menghalau Iman keluar.
Selamba Tuan Hairul melangkah masuk ke bilik yang dahulunya dimilik oleh arwah Tuan Haji Aman dan Dato’ Arif. Bagaikan besar benar pangkatnya.
Salwa kelihatan teragak-agak untuk menghalaunya. Sedikit terpinga-pinga wanita itu dibuatnya.
Kata-kata itu menaikkan kemarahan Iman. Teringat nasihat Arrisya malam tadi. Dia perlu tegas kalau tidak mahu orang pijak kepalanya. Dia perlu kejam kalau hendak orang hormatkan dirinya. Ini dunia perniagaan. Dunia perniagaan tidak banyak bezanya dengan medan perang. Siapa yang kuat akan menang. Kalau betul dia hendak menjaga kepentingan keluarganya, dia perlu ada pendirian. Dia perlu sanggup melakukannya. Jangan terus lembut dan menunduk. Hari ini dia perlu berubah.
"IMAN? Kenapa tak masuk?" Hanya selang beberapa minit Iman dihalau. Fuad, peguam keluarga arwah atuknya pun sampai. Pelik melihat Iman berdiri bak patung cendana di muka pintu.
"Iman tunggu uncle. Jom kita masuk. Kak Sal, tolong call semua ketua jabatan, saya nak jumpa mereka sebentar lagi." Iman terus memberi arahan. Dia perlu yakinkan semua orang yang dia layak memangku jawatan Dato’ Arif buat sementara waktu. Tiada lagi kompromi selepas ini.
"Cik Iman? Encik Fuad?" Salwa keliru. Hari ini banyak sangat perkara terjadi dan dia sering saja tersepit di tengah-tengah.
"Buat apa yang Cik Iman suruh. Cik Iman ni cucu arwah Tuan Haji Aman." Fuad memberi kebenaran.
Salwa mengangguk faham. Dia bagaikan mengerti kini dan dia pasti selepas ini pasti terjadi sesuatu yang akan meletup!
Iman melangkah masuk ke dalam pejabat yang ditinggalkan sebentar tadi dengan penuh yakin. Kelihatan Tuan Hairul terus berdiri kerana terlampau terkejut. Dia menjeling tajam pada Iman, bagi mengimbangi rasa terkejut di hatinya. Mata Iman meliar memandang keadaan sekeliling pejabat itu yang sudah banyak berubah.
Gambar arwah Tuan Haji Aman dan keluarga yang sepatutnya tergantung di belakang meja pengarah urusan yang mewah itu juga sudah tiada. Iman ingat lagi gambar itu, kerana ia adalah satu penghargaan buatnya dan ibu. Itulah satu-satunya gambar dia dan ibu bersama semua ahli keluarga arwah Tuan Haji Aman. Kata arwah datuknya, gambar itulah wakil keluarga dia yang lengkap.
"Kau buat apa kat sini? Akukan kata tak nak jumpa kau!!" tengking Tuan Hairul. Dia merasakan wanita itu cukup biadap. Namun melihat kelibat Fuad yang ikut serta, Tuan Hairul tertanya-tanya, siapakah wanita itu sebenarnya?
"Uncle, bukankah dulu ada gambar keluarga kat sana?" Tanpa menghiraukan Tuan Hairul, Iman bertanya pada Fuad sambil menunjukkan ke arah tempat yang dimaksudkan.
"Ya, Iman. Masa zaman Dato’ pun masih ada lagi." Kenyataan itu membuatkan Iman semakin naik angin. Masa arwah ada, tiada siapa yang dibenarkan menurunkan gambar tersebut, termasuk Dato’ Arif sendiri. Kini apa hak Tuan Hairul untuk menurunkan gambar tersebut?
"Mana gambar tu? Apa hak awak turunkan gambar tu? Apa hak awak gunakan bilik ini?" Iman dengan keras bertanya pada Tuan Hairul. Hilang sikap lembutnya. Sebaliknya yang kelihatan kini, seorang gadis yang cukup berkaliber dengan sinar karisma yang terserlah.
"Kau siapa nak tanya aku? Kau siapa nak masuk pejabat ni? Keluar sebelum aku panggil sekuriti." Pertanyaan Iman dibalas dengan pertanyaan dan diakhiri dengan ugutan.
"Kenalkan Hairul, ini Cik Iman, cucu arwah Tuan Haji. Dia memegang dua puluh peratus saham syarikat dan sekarang menjadi proxy kepada Dato’ dan Datin. Iman akan mengambil alih syarikat sehingga keadaan Dato’ kembali pulih." Fuad menjalankan tugasnya sebagai peguam bagi menjelaskan kedudukan Iman.
Tuan Hairul terkedu di tempatnya. Wajahnya tiba-tiba pucat tidak berdarah.
"Uncle, Iman nak minta tolong. Iman nak bilik ni kembali seperti dulu. Iman nak gambar keluarga kami tergantung balik di tempat asalnya. Kalau gambar tu tak ada, jangan kesal pada apa yang Iman akan lakukan nanti. Iman harap bilik ini akan dikosongkan sebaik saja Iman habis mesyuarat nanti."
Iman sengaja memberitahu Uncle Fuad walaupun dia tahu Tuan Hairul turut mendengar arahannya. Bukan apa, Iman takut dia akan berlaku lebih biadap pada Tuan Hairul dan bimbang rasa hormatnya pada lelaki itu akan hilang dek rasa marah dan sakit hati yang menggunung.
"Kak Sal dah bagi tahu semua ketua jabatan?" tanya Iman pada Salwa yang sejak tadi mengintai di muka pejabat.
"Dah Cik Iman. Saya minta mereka datang ke bilik mesyuarat sekarang. Cik Iman nak pergi sekarang ke?" tanya Salwa. Dia sedar, Iman adalah majikan barunya buat sementara waktu ini.
"Boleh Kak Sal tunjukkan saya di mana bilik mesyuarat?" tanya Iman lembut sebelum kedua-duanya berlalu meninggalkan Tuan Hairul yang masih terkebil-kebil seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku sebentar tadi.
Kedatangan Iman ke syarikat itu tidak mendapat sambutan yang baik daripada setiap ketua jabatan. Pastilah, dengan usia setahun jagung seperti ini, siapalah yang berani meletak kepercayaan padanya? Nyata ketua-ketua jabatan di situ jauh lebih tua dan berpengalaman berbanding darinya. Semua memandang sinis padanya.
Hari ini adalah hari pertama dia membuka lembaran baru di syarikat itu dan hari ini sudah melakar beberapa peristiwa yang cukup mencabar kewibawaannya. Ada kalanya pengalaman mengajar kita dan sering kali pengalaman itu mengubah pendirian dan sikap kita. Ini yang terjadi padanya, pengalaman ini akan mengubah sikap dan pendiriannya. Mengubahnya daripada seorang yang sering membelakangkan kehendak diri kepada seorang yang mementingkan haknya. Keadaan menuntutnya begitu.
"Saya tahu anda semua sukar mempercayai saya. Saya terlalu muda untuk terajui empayar sebesar ini. Sebab itu saya perlukan khidmat anda semua, tapi ingin saya ingatkan... jangan pandang rendah pada saya." Iman bersuara keras. Cuba melantangkan suaranya untuk menyaingi suara-suara yang sedang mempersoalkan kebolehannya. Tidak seorang pun daripada mereka yang mendengar bicaranya. Masing-masing sibuk mempertikaikan kebolehannya. Bilik mesyuarat yang dingin itu terasa semakin hangat.
Dam!!! Iman menepuk meja di hadapannya. Serentak itu bilik mesyuarat yang kecoh tadinya, senyap tiba-tiba. Masing-masing memandang Iman dengan wajah tidak percaya.
"Sama ada anda suka atau tidak, saya akan tetap menerajui syarikat ini sehingga Dato’ Arif pulih. Mungkin saya tak berpengalaman macam tuan-tuan, tapi tolong hormatkan saya. Sama ada anda setuju atau tidak, keputusan saya tetap menjadi kata pemutus di dalam syarikat ini. Jadi, tolong hormat saya!" Suara Iman tegas dan kedengaran sedikit angkuh. Wajah tidak berperasaan dipamerkan. Hatinya sedikit puas. Puas sangat. Buat pertama kali dia mampu membuat orang mendengar kehendaknya. Selama ini sudah puas rasanya dia menjadi pendengar yang setia, dan sekarang biarlah dia menjadi pencerita pula.
"Tujuan saya panggil tuan-tuan semua bermesyuarat adalah kerana ingin mendengar pandangan tuan-tuan tentang syarikat ni, dan bukannya untuk dengar tuan-tuan semua pertikaikan keupayaan saya. Saya melangkah ke bilik ini tadi dengan niat untuk mendengar perkembangan syarikat ketika ketiadaan Dato’ Arif. Tapi rasanya hajat saya tak tercapai. Jadi biarlah sekarang saya yang bercerita. Tujuan pertama saya sebagai peneraju utama syarikat ini adalah untuk melakukan rombakan semula apa yang telah dilakukan oleh Tuan Hairul. Apa saja keputusan dan tindakan yang dibuat oleh beliau sebelum saya memegang amanah Dato’ Aris, dianggap tidak sah," katanya lancar. Seketika dia memandang setiap wajah yang merenung ke arahnya dengan pandangan yang pelbagai.
Seketika bilik mesyuarat menjadi sunyi sepi.
"Saya nak organisasi di bawah Dato’ Arif kembali berfungsi. Dari semasa ke semasa saya akan membuat rombakan demi rombakan mengikut cara saya. Saya juga inginkan laporan dari setiap bahagian dalam tempoh suku tahun pertama tahun ini sehingga sekarang, ada di atas meja saya pada hari Jumaat ini," katanya lagi.
Seketika Iman menghela nafas. Dia sendiri seakan tidak percaya yang dia mampu melakukan perkara itu. Sesungguhnya Iman sendiri merasakan dirinya bagaikan orang asing. Tiba-tiba dia menjadi begitu berani.
"UNCLE bangga dengan Iman. Iman benar-benar mampu lakukannya. Kalau tadi uncle risau Iman tak boleh nak bertahan. Rasanya selepas ini uncle dah tak perlu risau lagi kerana uncle yakin tiada yang lebih layak untuk mengganti Dato’ selain Iman." Fuad melahirkan kekagumannya pada Iman. Sungguh, apa yang Iman lakukan di dalam bilik mesyuarat tadi di luar jangkaannya.
"Terima kasih uncle. Tapi Iman tetap perlukan uncle. Iman terlalu muda. Iman tak ada pengalaman," ujar Iman merendah diri. Sekarang dia hanya boleh mempercayai Fuad sahaja.
"Jangan bimbang. Selagi uncle boleh bantu, uncle akan bantu Iman. Kalau arwah Tuan Haji masih ada, dia pasti bangga dengan Iman. Dah memang impian dia melihat Iman dan Danish memajukan syarikat ni." Sejenak Fuad teringatkan Tuan Haji Aman yang banyak memberi peluang perniagaan pada syarikatnya. Usahawan bumiputera seperti Tuan Haji Aman itulah yang perlu dicontohi. Seorang usahawan yang sentiasa membantu sesama bangsa dan bukan saling menjatuhkan.
"Iman pun harap begitu uncle. Iman dah banyak bersalah pada arwah atuk...." Lirih nada suaranya. Sungguh dia rasa berdosa dan menyesal.
Fuad simpati pada Iman. Gadis ini perlu menanggung sesuatu yang cukup besar di usia yang begitu muda. Namun Iman nampak tabah dan Fuad yakin Iman akan mampu melakukannya. Dunia perniagaan akan mengubah gadis itu menjadi lebih matang.

0 comments:
Post a Comment