Jodoh Atau Cinta - Bab 4
BAB 4
IMAN baru selesai kuliah. Kepenatan membawanya berehat seketika di sofa empuk. Pejam celik, sudah setahun lebih dia berada di bumi asing ini. Dia bahagia sekarang. Saban waktunya terisi dengan kasih sayang dari Mama Sue dan abangnya. Kehidupannya lengkap. Harinya sibuk dengan kuliah dan tugasan. Di hujung minggu pula dia akan balik ke rumah Mama Sue, ibu angkat dia dan abangnya. Mama Sue yang juga dulu adalah kawan baik kepada ibunya.
Danish? Lelaki itu dia sudah lupakan sama sekali. Well buat apa nak ingat? Buat sakit otak aje. Tapi benarkah begitu? Tetapi kenapa sampai sekarang dia masih setia pada suaminya? Kenapa dia masih ingat sepotong nama ‘Aiman Danish’? Kenapa hanya kerana sepotong nama itu, boleh membuatnya menolak lelaki-lelaki yang datang melamarnya sebagai kekasih? Hati jawablah dengan sejujurnya....
Namun diakui lebih baik mereka begini. Danish dengan dunianya di London dan dia dengan hidupnya di Liverpool. Rasanya dunianya lebih harmoni dan bahagia begini. Asalkan atuk tak tahu. Itu yang paling penting.
Iman tak mahu datuknya susah hati. Lagipun setakat ini dia masih mampu menyediakan beribu alasan untuk mengaburi mata datuknya. Memang rasa bersalah. Namun Iman tidak ada pilihan. Tidak... sebenarnya dia ada pilihan. Pilihan untuk membongkarkan segala-galanya. Tetapi Iman lagi rela memilih jalan untuk berdiam diri daripada sesuatu yang akan menyakiti hati Tuan Haji Aman.
Entah berapa lama dia mengenangkan hidupnya, akhirnya Iman tertidur di sofa. Kalau tidak kerana telefon berbunyi, mungkin Iman tidak tersedar. Dengan mamai, Iman mengangkat telefon.
"Helo…" suara Iman sedikit serak.
"Assalamualaikum, Iman. Pak Mat ni. Iman sabar ya.... Pak Mat nak bagi tahu yang Tuan Haji Aman kemalangan. Atuk Iman dah tak ada...." Suara Pak Mat tersekat-sekat menyampaikan berita.
Iman terkedu. Dadanya berombak kencang.
"Pak Mat janganlah bergurau dengan Iman." Kolam air mata Iman sudah pecah. Nafasnya mula tersekat-sekat
"Iman sabar ya nak...."
Kata-kata itu bagaikan meragut separuh daripada hidupnya. Baru dua tahun dia di bumi asing ini, rasanya baru semalam dia meninggalkan Tuan Haji Aman. Sekarang dia telah ditinggalkan.
"Pak Mat... Iman akan balik sekarang." Tanpa menunggu lama, Iman mengemas apa-apa yang perlu dan bergerak ke lapangan terbang.
AIR MATANYA menitis sepanjang jalan. Penerbangan yang memakan masa berjam-jam itu belum mampu menenangkan hatinya.
"Iman." Terdengar suara Pak Mat memanggil.
Iman segera mendapatkan Pak Mat. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah tempat pemandu.
"Apa terjadi sebenarnya Pak Mat?" Iman tak sabar-sabar bertanya.
"Pagi Selasa lepas, Tuan Haji, Dato’ dan Encik Johan keluar. Kami pun tak tahu ke mana mereka pergi. Tapi nampak kalut sikit. Sebelah petangnya polis telefon bagi tahu yang mereka kemalangan."
Pak Mat seakan berat hati hendak memberitahu apa sebenarnya yang berlaku. Seperti ada sesuatu yang ingin dirahsiakan.
"Dato’ dan Abang Johan macam mana?" Iman tidak sabar ingin tahu. Kalau sudah menyebabkan kematian, tidak mustahil kemalangan itu teruk.
"Dato’ masih di ICU dan Encik Johan, lepas zohor tadi selamat dikebumikan. Doktor tak boleh tolong… kecederaan Encik Johan serius. Bahagian kepalanya berlaku banyak pendarahan walaupun selepas dikeluarkan darah beku. Tak ada pilihan, peratusan untuk dia hidup juga nipis, jadi terpaksalah doktor cabut mesin sokongan hayat yang digunakan. Kat rumah sekarang memang kelam-kabut, Iman. Encik Danish pula tak balik lagi." Pak Mat sepertinya mengharap kepulangan Iman akan meredakan sedikit keadaan yang menimpa keluarga majikannya itu.
Iman tahu, dia harus kuat dari sekarang kerana dia yang akan menjadi tunggak keluarga buat sementara waktu ini.
Ya Allah... kuatkan semangatku, doa Iman di dalam hati.
IMAN masuk ke dalam rumah yang sudah setahun lebih ditinggalkan. Semua tetamu sudah pulang. Hari ini Abang Johan selamat dikebumikan. Sekarang Iman cuma risaukan Arrisya. Sejak dia sampai pagi tadi sehingga sekarang, Arrisya enggan bercakap dengannya. Menangis pun tidak. Hanya diam membisu.
Kesal bertandang di hati kala ini. Kesal kerana saat berpeluang untuk kembali ke rumah itu pada cuti semester lepas, dibiarkan pergi. Kini kepulangannya tanpa sambutan daripada insan-insan yang disayanginya. Hatinya dirundung duka. Dia terkilan kerana tidak berpeluang menatap wajah datuknya buat kali yang terakhir.
"Kak Arrisya?" Iman memanggil Arrisya yang masih berteleku di ruang tamu. Arrisya mengangkat wajahnya. Pandangannya kosong. Akhirnya setitis air mata jatuh ke pipi. Esak tangis yang ditahan kedengaran halus menikam kesedihan yang dirasakan.
Iman terus merapati Arrisya. Dia memeluk Arrisya erat. Arrisya membalas pelukan itu. Esak tangis Arrisya semakin kuat kedengaran. Meruntun hati sesiapa yang mendengarnya. Betapa beratnya dugaan ini. Jika Iman hanya kehilangan datuk kesayangannya, tetapi Arrisya kehilangan dua orang yang menjadi tunggak hidupnya selama ini. Tambahan pula Dato’ Arif sedang terlantar sakit.
"Iman, bagaimana akak nak mulakan hidup? Akak tak mampu nak lalui semua ini sendirian. Kenapa Abang Johan tinggalkan akak?" rintih Arrisya.
Hampir menangis Iman dibuatnya. Dia perlu kuat. Dia perlu kuat demi keluarga ini. Air mata semata tidak akan menyelesaikan masalah.
"Sabar kak. Allah lebih sayangkan mereka. Akak kena lepaskan arwah...." Dalam suara yang tertahan, Iman cuba menghulurkan nasihat.
"Akak tak mampu, Iman..." Arrisya sesungguhnya terasa lemah saat ini. Bukan mudah melepaskan insan yang disayangi untuk pergi meninggalkan kita.
"Pasti akak mampu. Akak kena terima takdir yang tersurat untuk akak ni. Hanya orang yang Dia sayang aja, Allah beri dugaan. Iman yakin akak mampu. Iman yakin akak kuat. Iman akan sentiasa di samping akak. Akak kena ingat Jehan perlukan akak. Biar kita sama-sama besarkan dia. Kita didik dia menjadi insan yang soleh, dan boleh mendoakan kesejahteraan Abang Johan di sana. " Itu janjinya. Iman tidak akan biarkan kakak iparnya itu bersendirian.
Datin Hajar hanya mampu mendengar perbualan antara anak dan menantunya. Sungguh dia turut sebak. Walaupun sejak pernikahan Arrisya, hubungannya dengan anak gadisnya itu dingin, tetapi naluri seorang ibu tetap ada. Ibu mana tidak sedih melihat anaknya menjadi balu kala usia muda. Dia sendiri bimbang apa akan terjadi pada Arrisya dan paling dia bimbang, masa depan cucunya itu.
Datin Hajar memang cukup berterima kasih pada Iman. Hari ini baru dia boleh menilai siapa sebenarnya keluarga. Sedari sampai tadi, tidak sekejap pun dia melihat Iman berehat. Sebaik sahaja sampai, Iman sudah membantu apa yang patut. Imanlah orangnya yang bertungkus-lumus menyempurnakan majlis tahlil ini. Imanlah yang menguruskan segala-galanya. Betapa baiknya hati Iman, rela berpenat lelah demi mereka sekeluarga. Keluarga yang memandang rendah pada dirinya.
DANISH melihat dari jauh kegigihan Iman menjadi tunggak keluarganya. Kala ini Iman sedang duduk makan di kantin hospital. Sudah seminggu Danish pulang ke Malaysia sebenarnya. Namun Danish hanya mampu memerhatikannya dari jauh. Saat dia terdengar perbualan Iman dan Arrisya pada malam kenduri tahlil itu, langkahnya terhenti. Jiwanya seakan-akan lumpuh. Danish sedar, dia tiada keberanian untuk menghadapi semua ini. Akhirnya Danish mengundur diri. Sekarang tugasnya setiap hari adalah ke kubur datuk dan abang iparnya. Kepulangannya memang tanpa pengetahuan sesiapa. Danish belum ada kekuatan bersama dengan keluarganya saat ini. Sungguh, dia memang tidak mampu melihat air mata ibu dan kakaknya gugur saban hari.
Sedih. Hanya itu yang boleh dia ungkapkan tatkala melihat keadaan keluarganya saat ini. Melihat dari jauh sahaja hatinya sudah terluka dalam, apatah lagi berada di sisi mereka. Tahu keadaan diri yang tidak mampu menerima dugaan yang mendatang, Danish tidak ingin menyusahkan keluarganya dengan kesedihan. Dia tak mahu menjadi beban pada Iman dan mama.
Baru dia sedar yang dia memang lelaki pengecut. Mendengar masalah pada keluarganya sahaja sudah membuat Danish tak cukup kuat berhadapan dengan mama dan kakaknya. Dia sendiri mengambil masa yang agak lama untuk baik dari kejutan itu. Saat ini dia bersyukur mempunyai gadis segigih dan setabah Iman di dalam keluarganya. Setiap gerak geri gadis itu diperhatikan tanpa jemu. Tak sedar hatinya berbisik kasih pada si gadis. Semalam dia berikrar di hadapan nisan atuknya yang dia tak akan lepaskan Iman dan akan cuba mengenali Iman.
Danish berdoa semoga suatu saat nanti, hati Iman akan terbuka untuknya. Agar mereka boleh saling mengenali dan menerima antara satu sama lain. Agar mereka boleh hidup bahagia seperti pasangan lain. Danish berdoa diberi kesempatan untuk membina keluarga yang bahagia bersama Iman. Itu hasrat terakhir datuknya dan dia akan tunaikan.

0 comments:
Post a Comment